Campaigns

Nov 22, 2012

SPONTANEOUS THURSDAY #28


Menyifatkan pergolakan rumahtangga 
sebagai asam garam kehidupan, 
aktres Ana Dahlia,29, tetap dengan keputusannya 
untuk tidak mendedahkan kisah sebenar di sebalik krisis 
yang dihadapinya dengan suami, Chef Riz atau Mohd Nadzri Redzuawan,31.
Tambah Ana lagi,tuduhan serta kontroversi baginya 
adalah rencah seorang anak seni. 
Tidak terkejut dengan tuduhan curang, 
dia tahu apa yang berlaku kini(masalah) 
bukannya datang daripadanya dan Chef Riz 
mengetahui hal ini serta sedang mencari jalan 
terbaik memperbaiki hubungan mereka.
"Ana tidak pernah curang dan Ana tidak pernah ada lelaki lain 
sepanjang Ana bergelar isteri kepada Chef Riz.
 Apa yang berlaku sekarang pun bukannya datang 
daripada Ana sendiri dan Chef Riz juga tahu akan hal ini. 
Jadi Ana tahu Ana di pihak yang benar.

"Tetapi Ana tidak boleh memberikan 
kenyataan selanjutnya kerana ini adalah hal peribadi. 
Lambat laun benda ini akan terjawab. 
Ana sentiasa berharap kepada benda yang baik 
dan sentiasa berdoa ke arah kebaikan.
"Apa yang semua sudah tahu, hubungan kami memang ada masalah. 
Cukup sekadar itu sahaja kerana selebihnya 
belum tahu kesahihannya lagi dan apa 
yang akan berlaku selepas ini pun belum pasti lagi,
"ujarnya yang ditemui di majlis perlancaran drama Cinta Itu Milikku.

Keputusan ini adalah sebagai menghormati ramai 
pihak termasuk dirinya dan juga menjaga nama baik 
keluarga khususnya. Dalam masa yang sama, 
dia sedang cuba mencari jalan terbaik 
menyelamatkan rumahtangganya yang baru berusia 11 bulan itu.

"Bapa mertua saya, Dato Chef Wan orang yang dikenali 
dan dihormati, jadi bukan sahaja dia, 
malah Ana juga hormat pada diri Ana sendiri
 dengan membuat keputusan ini. 
Tiada guna membuka cerita kalau itu 
adalah benda yang tidak elok. 
Pendapat daripada orang yang lebih 
berpengalaman seperti bapa mertua
 saya pasti ada kebenarannya.

"Biasalah, tidak semua benda itu manis. 
Seperti yang Ana katakan ini adalah asam garam 
hidup berumahtangga. Sekarang Ana mahu 
pandang ke depan dan bersedia 
untuk sebarang kemungkinan,"jelasnya yang bakal 
menyambut ulangtahun perkahwinan 
yang pertamanya bersama Chef Riz pada 11 Disember depan.

Share:

60 comments:

  1. kita hanya merancang...Tuhan yang akan menentukan....

    ReplyDelete
  2. dia nie pandai bawak watak jahat..

    wish her all the best

    ReplyDelete
  3. KITA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA..

    ReplyDelete
  4. moga mereka tabah dalam mengharungi dugaan itu..

    ReplyDelete
  5. salam sis anum
    Sedangkan lidah tergigit

    ReplyDelete
  6. Rahsia ALLAH xsiapa tahu..

    Meluat tgk Dini (Ana Dahlia) dalam "Cinta itu Milikku" serius menjadi gediknya 2..

    ReplyDelete
  7. Mia: setuju2
    Wina: betul selalu wataknya menjadi

    ReplyDelete
  8. alahai kenapalah menda2 begini jadi. 11 bulan je baru.
    dah takde solution sgt ker?

    Apapun mungkin ada hikmah disebaliknya. Allah saja yang tahu.

    ReplyDelete
  9. @Yunidati: amin...
    Aizamia3: insyaallah

    ReplyDelete
  10. Tirana: w'salam...
    Shima: betul2, gedik bebenor hahaha
    Mr Firdaus: betul tue

    ReplyDelete
  11. Sian jugakkan... semoga kekal bahagia!

    ReplyDelete
  12. jodoh dah ditentukan... mungkin ada yg lebih baik untuk keduanya...

    ReplyDelete
  13. Moga kedua duanya tabah menghadapi hari mendatang.

    ReplyDelete
  14. Moga kedua duanya tabah menghadapi hari mendatang.

    ReplyDelete
  15. Moga kedua duanya tabah menghadapi hari mendatang.

    ReplyDelete
  16. sy sama kg dngn ana dahlia..hihi..harap ada hikmah disebalik perpisahan diorang nie =)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum anum....sedih jodoh x panjang...:)

    ReplyDelete
  18. nuyui: ye la kan
    Hainom: tue la dia
    Roslan: setuju2

    ReplyDelete
  19. Ros: insyaallah
    Syaz: ada hikmah kan

    ReplyDelete
  20. KA: tue la dia
    Maszull: tue la jodoh n pertemuan ditangan tuhan

    ReplyDelete
  21. buatlah yg terbaik utk diorg..

    ReplyDelete
  22. Smoga jodoh mereka masih panjang.

    ReplyDelete
  23. bukan dah bercerai dah ke..doang dah declare kan? apap pun itulah hakikat..akak pernah alami dan kalau boleh x nak alami lagi...

    ReplyDelete
  24. Fiza: insyaallah
    Suria: ye la kan pahit hanya kita yang tau

    ReplyDelete
  25. dia selalu bawak watak jahat. kdg tu geram je, rasa nak lempang je. hahaha. dlm cinta itu milikku pun watak dia jahat.

    ReplyDelete
  26. Sue: betul2 watak jahat dia sgt menjadi

    ReplyDelete
  27. Cikmoon: insyaallah
    Zuraidah: ye ke

    ReplyDelete
  28. moga ada sinar buat mereka di masa akan datang...

    ReplyDelete
  29. dia cantek!






    moga bertemu dengan lelaki yang betul2 memahami

    ReplyDelete
  30. elok dh kawen stop belakon...jg suami.....kan lebih afdal

    ReplyDelete
  31. kesian juga dgn ana dahlia yg comel ni..tapi setiap yg berlaku ada hikhmahnya..

    ReplyDelete
  32. Sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang tapi ALLAH menentukan segala-galanya

    ReplyDelete
  33. ala... sikit2x biasala dalam rumahtangga kan... cuma jgn jadi barah sudahhh

    ReplyDelete
  34. Cubaan dan dugaan
    Semoga tabah selalu

    ReplyDelete
  35. Mrs.Eady: insyaallah
    Izan: ye la kan fokus
    Kasih Salina: betul tue

    ReplyDelete
  36. Pink: ye la kena pasrah
    Kazman: tue la kan kesabaran penting
    Azam: insyaallah

    ReplyDelete
  37. hmmmm.... ingat dlm lakonan dia kul 7 mlm di tv 3 td

    ReplyDelete
  38. SECARA JUJURNYA KAK BUI X PERNAH TONTON LAKONAN ANA DAHLIA..HEHE

    ReplyDelete
  39. Afasz: best kan, menjadi sangat2
    Bui: anum tgk drama ptg2 tv3
    Redza: hehe

    ReplyDelete
  40. kenapalahhhh kawen? tuh soklan akak plak..

    ReplyDelete
  41. CintaZulaikha: dugaan nie x leh nak kata kan

    ReplyDelete
  42. anggapjew la dorang tade jodoh , tapi sayang , da 11 bulan bersama .

    ReplyDelete
  43. belum cukup setahun pun lagi...

    ReplyDelete
  44. Nur: tue la kan
    Diana: jodoh x ada kan

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels