Campaigns

Nov 16, 2012

Shila Amzah Enggan Ulas Tentang Kes Sharnaaz Ahmad


Penyanyi yang baru saja dinobatkan sebagai juara Asian Wave 2012, 
Shila Amzah enggan memberikan sebarang komen mengenai isu buah hatinya, 
Shaarnaz Ahmad yang didakwa telah menerima surat saman 
daripada pihak produksi Darah Panas serta tindakannya
yang didakwa telah mencekik seorang krew produksi filem tersebut.
Bagaimanapun, Shila yang semakin murah rezekinya 
sebaik saja pulang dari Shanghai, China memberitahu 
bahawa dia sememangnya mengetahui tentang tuduhan 
yang dikenakan terhadap Shaarnaz itu.

"Saya memang tahu apa yang berlaku kepada Shaarnaz. 
Namun, saya minta maaf kerana tidak boleh komen apa-apa. 
Saya sudah malas hendak memberikan sebarang komen kerana 
orang sering memutar belitkan apa yang kami katakan nanti.
"Jadi, baik saya mahu pun dia, kami hanya terima saja apa yang 
orang katakan tentang kami. Tentang kes saman ini, 
yang tahu cerita sebenar hanyalah dia dan pihak produksi saja.

"Apa yang saya tahu pun menerusi menerusi luahan rasa 
Shaarnaz kepada saya. Sebagai kekasihnya, saya hanya mendengar saja," 
katanya ketika dihubungi murai.com.my tengah hari tadi.
Dalam pada menolak untuk memberikan ulasan dengan lebih panjang, 
Shila merasakan situasi yang berlaku terhadap Shaarnaz 
yang kini telah tersebar luas dsifatkannya sebagai pelik.

"Sekali lagi, saya tidak boleh nak berikan sebarang komen lagi. 
Perkara ini pun sudah menjadi sangat pelik," ujarnya.

Sementara itu, Shila memberitahu dia sepatutnya sudah 
berada di negara China sepanjang November ini. Pun begitu, 
disebabkan terlibat dengan program Juara lagu dan AIM19 
(Anugerah Industri Muzik), Shila terpaksa menangguhkan hasrat tersebut.

"Saya memang dijadualkan berada di Shanghai ketika ini. 
Namun, saya minta ayah saya untuk menangguhkan segalanya 
kerana saya terlibat dengan AIM19 dan Muzik-muzik. 
Saya tidak mahu membiarkan momen ini disia-siakan 
kerana lagu yang tercalon adalah lagu hasil ciptaan 
sepenuhnya oleh saya. Oleh itu, saya menangguhkan semuanya.

"Apapun, saya akan menyambut tahun baru 2013 di 
China kerana saya terlibat dengan konsert besar di sana," jelasnya.


Share:

23 comments:

  1. doakan yang terbaik untuk shila yang cute ni...

    ReplyDelete
  2. Anum..harap2 tidak kan jadi masaalah dalam rumah tangga mereka nanti

    ReplyDelete
  3. artis...mana boleh lari dr gossip..mg cepat selesai

    ReplyDelete
  4. pasangan yg sepadan..hihi..kes sharnazz no komen =)

    ReplyDelete
  5. mcm2 yg diorang hadapi kan...tp tgk diorang nih rileks je

    ReplyDelete
  6. baru tahu... maklum tengah syok bercuti... hehehe

    ReplyDelete
  7. isk2.. gosip je... holiday kat kuala kangsar x gatau oun...

    ReplyDelete
  8. xpela...kite doakan yg baik2 aje la kan....skrg nie kwen sesama artis nie..mcm2 dugaan nyer....

    ReplyDelete
  9. MCM2 HAL PULAK BOIFREN SHILA NI KAN..KOT2 MMG DIA PANAS BARAN TAK..HUHU

    ReplyDelete
  10. artis...pasti tak boleh lari dari gosip nyer...

    ReplyDelete
  11. hmm,banyak jugak sebenarnya kan dengar gosip pasal bf Shila tu...

    taktau betoi ke tak kan...

    btw,still t'bayang2 performance Shila dlm Asian Wave...goosebumps weyh all the way...murah rezeki dia sekarang :)

    ReplyDelete
  12. alahaiiiiiii...humm..mmg tak paham kalau ceta melibatkan artis nih..

    ReplyDelete
  13. anum. tq datang blog sy lagi. hehe. tahniah buat shila yg menang besar AIM. hehe. free2 jgn serik dtg blog sy lagi.

    ReplyDelete
  14. eerrr...tak suker sangat shila couple ngan shanazih..boleh..?? heheh

    ReplyDelete
  15. He... he..pandai-pandailah awak settle ye!!!

    ReplyDelete
  16. hrr,mmmm..mmg agak byk jgk cerita pelik2 pasal shaanaz nikn??lelajh plak shiela yg nk kna mnjawab,eheheh!!

    ReplyDelete
  17. hrr,mmmm..mmg agak byk jgk cerita pelik2 pasal shaanaz nikn??lelajh plak shiela yg nk kna mnjawab,eheheh!!

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels