Campaigns

Feb 21, 2012

Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap

Assalamualaikum semua
Melihat kepada tajuk sahaja sudah boleh senyum apatah lagi pergi menonton sendiri ke panggung. Hantu Dalam Botol Kicap filem komedi seram taruhan terbaru MIG. Filem ke 55 terbitan MIG ini merupakan filem arahan Azhari Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Zack
Elemen seram telah menjadi trademark kepada Zack namun HDBK diselitkan elemen komedi yang merupakan percubaan yang baru daripada Zack. Melihat pada respon pada tayangan bersama peminat MIG Online baru-baru ini ternyata komedi relax yang disajikan kepada penonton menjadi.
Rata-rata respon yang positif diberikan dan sambutan yang luar biasa kerana hall seat penuh sampai ke row hadapan. Gelak ketawa yang tidak henti-henti menjadikan suasana panggung tidak sunyi. Pelakon yang menjayakan filem ini merupakan pelakon di bawah pengurusan MIG Talent Unit iaitu Mon Ryanti (Rina), Mikhael Andre (Azri), Zalif Sidek (Epui), dan paling menjadikan filem ini sebuah filem komedi seram yang wajib di tonton adalah watak hantu Kopek yang dilakonkan oleh Angah Raja Lawak
Sesuatu yang lain dari yang lain apabila hantu “sebesar” Angah masuk ke dalam botol kicap. Begitu juga dengan penampilan Wawa Zainal sebagai Putri dan juga watak budak kampung yang nakal lakonan Epy Raja Lawak sebagai Epy menjadikan komedi yang ada di dalam HDBK ini lebih santai untuk tontonan semua. Lakonan yang diberikan juga bersahaja dan tidak keterlaluan dan elemen komedi juga elemen yang bersahaja. Begitu juga dengan watak Maimon Mutalib sebagai Nek Temah yang garang tetapi mendokong watak yang sangat cool.
Menonton filem sememangnya untuk merelaxkan minda selepas penat bekerja, HDBK pilihan yang tepat kerana elemen seram yang tidak keterlaluan dengan elemen komedi yang akan membuatkan anda bergelak sakan sepanjang filem ini berjalan. Begitu juga dengan elemen kekeluargaan yang ditekankan di dalam filem ini. Secara tidak langsung MIG merapatkan hubungan anda dan keluarga ketika menonton filem ;)

Jadi tunggu apa lagi? Bawaklah kaum keluarga anda pada hujung minggu untuk santai bersama sambil menonton filem Hantu Dalam Botol Kicap. Percayalah yang anda akan terhibur dan tahap stress anda akan berkurangan selepas menonton filem ini.

Share:

41 comments:

  1. hmmm xtgk lagi citer ni..juz tgk iklan je.. cam best je.. hehe :)

    ReplyDelete
  2. betul ker x ganaih???
    ai citer hantu x suker la ngeeee

    ReplyDelete
  3. scroll cpt2 sebab takut citer antuuuuu hehe...

    ReplyDelete
  4. Redza: syok, gelak2
    cik moon: seronok

    ReplyDelete
  5. nuyui: syok yui
    lady ayu: cuba try sis

    ReplyDelete
  6. tak berkesempatan lagi nk tgk

    ReplyDelete
  7. hyz: try la tgk.. seronok gelak2

    ReplyDelete
  8. tajuk pon dh lawak sure hantu laweak jgk nih.. nk tgk tp asben x bg sbb tgh preggy :P

    ReplyDelete
  9. mesti lawak giler cite ni..angah tu mmg lawak..

    ReplyDelete
  10. Nureen: ye la , kena tgk lepas bersalin sis
    fieda: betul2, sgt lawak

    ReplyDelete
  11. sy baca kat paper haritu dari sudut pemikir filem, HDBK ni kira cam gagal lah..

    tp mungkin ini komedi ringan agaknya..sy tunggu masuk astro first nnt br tengoklah hehe

    ReplyDelete
  12. horror sangatkah filem ini? i thought it was just like a funny horror movie, maybe hehe :)

    ReplyDelete
  13. ok anum..tunggu sume dah relex..nnt intan bawa ngan ank2 g tgk citer hantu..hehehhee..mesti haru biru pawagam tuh..

    ReplyDelete
  14. Rtp Farra: funny gak la
    Intan: syok sis

    ReplyDelete
  15. hmm..jarang benar mahu tengok movie sbb selalu nye movie yg tgk TH.xkire la citer nye lawak o x

    ReplyDelete
  16. Ingat nanti nak bawa wife & anak anak tengok movie ni..

    ReplyDelete
  17. ai kan..even cerite tu komedi pon..tapi kalau cerite hantu.ai tak kan tengok..huhu...sebab ai tau kompem ade hantu dalam tu..;p

    ReplyDelete
  18. Titisan Hujan: lawak dan seram skit2
    Adando: best.. mesti bawa

    ReplyDelete
  19. cinta zulaikha: gie tgk nanti
    aty: x seram pun

    ReplyDelete
  20. niler filem melayu yang tiba2 suami akak ajak pergi tengok tapi akak prefer nak tengok cerita kartun....

    ReplyDelete
  21. idaaaaaaaaaaaak takmo dah lah tinggal sorang kat umah huk3...:p

    ReplyDelete
  22. wahida: syok
    Cho Zila: wow best gak layan cartoon

    ReplyDelete
  23. nk tgk tp ta de sape ajak..so tgu download je la..heheh

    ReplyDelete
  24. tengok trailer macam kelakar je citer ni..^^nak tengok jugaklah

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum