Campaigns

Feb 13, 2012

Kekuatan aku!

Masa berlalu seiring dengan ketentuan DIA. Terlalu banyak perkara yang berlaku di awal tahun 2012 . suka dan duka aku tempuhi.. bermacam- macam peristiwa yang membuatkan titisan air hangat membasahi pipi. Air mata itu tidak pernah kering membasahi pipi, makin jejari ini menyapu makin laju ia menitis. Pantas mata itu aku kedip-kedipkan. Tetapi air mata tidak juga kering2!!!aku cuba untuk reda dengan ketentuan ini, tetapi kenapa jauh disudut hati ini ada kecewa yang mengambil tempat

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi

ye aku kena KUAT hadapi apa juga cabaran dan dugaan hidup ni... semangat aku seolah-olah lari jauh dari aku.. dan aku sedang mengejar semangat tu supaya aku terus kuat!!! kawan-kawan sekalian doakan aku kuat hadapi semua ini...
Ya Alllah... kalau ini ketentuan-Mu, aku reda. Tapi tolong Ya Allah...berikan aku kekuatan,... aku harus bertahan demi mengharungi perjalanan hidup yang masih jauh, meskipun kini hati aku sudah menjadi kepingan-kepingan halus yang mungkin tidak mampu dicantum kembali. Kalau mampu sekali pun mungkin bukan dalam waktu yang singkat

Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aku percaya, ada hikmah di sebalik ini. Jika Engkau izinkan untuk aku mengubah takdirku, aku mohon makbulkanlah doa-doaku selama ini. Sesungguhnya hidup, mati & ibadahku hanyalah untuk-Mu...
p/s:  putus cinta @ hilang kasih sayang bukan bererti putus segalanya!!! Ya… putus cinta bukan penyudah sebuah kehidupan. Dia bukan jodohku. Mungkin ALLAH nak berikan yang lebih baik pada aku nanti...
aku berharap aku akan terus tersenyum dengan semangat baru bermula hari ini :)



Share:

50 comments:

  1. dear anum,

    zana xpasti apa sebenarnya yg berlaku.. tapi zana yakin anum akan kuat menghadapi segala ujian yang mendatang.. kuatkan hati.. yakin bahawa ada hikmah di sebalik apa yg berlaku..

    take care my dear..

    ReplyDelete
  2. slm dear anum...
    dah lama intan x singgah sini..
    anumm..jgn sedih2 anum..n jangan mnyiksa diri dgn bersedih..
    Allah dah menjanjikan yg terbaik utk anum selepas nih..

    .."Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar"....

    ReplyDelete
  3. intan: thanks intan, terharu anum baca kata2 intan

    ReplyDelete
  4. urmmm tepat sekali jangkaan ai
    malas nak tnya isu sensitif gituew
    last kuar dari mulut u sendiri
    be strong yer syg....
    percayalah sinar bahagia pasti ada....fighting!!

    ReplyDelete
  5. Lady Ayu: thanks sis...mmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  6. insyaAllah masa akan merubah segalanya. take ur time n be strong anum

    ReplyDelete
  7. Anum,
    kuatkan diri okeh,
    biarkan dia pergi,
    dia yang rugi..
    n make sure dia menyesal nanti:D

    indahkan diri,
    ubah rupa n kejayan sndiri,
    moga satu ari nanti,
    kamu berjumpa lagi,
    dengan dia naik motor,
    dan kamu dlm keter mahal:D
    heheheh

    ReplyDelete
  8. Dik..
    Kadang2 kita rasa itu yg terbaik buat kita..
    Tp ia sekadar pinjaman..
    Maka bila Allah swt rasa ianya bukan yg terbaik buat kita..
    Maka diambilnya daripada pinjaman kita..
    Kerana DIA ada sesuatu yg lebih baik utk kita..
    :D
    Dik, kegagalan bukan bermakna tamatnya sebuah kehidupan..
    Tp ia adalah permulaan sebuah kehidupan..
    TC Anum.. Akak sentiasa doakan yg terbaik bt kawan2 akak..
    Seperti mana kalian sentiasa mendoakan diri ni..
    Miss ur smile dik..
    Ur smile so sweet..
    Sejuk mata hati memandang nya.. ;)

    ReplyDelete
  9. kuatkan semangat ye...Insyaallah ada sesuatu yang lebih baik utk Anum suatu hari ...

    ReplyDelete
  10. anum, setuju sgt dgn quote yg anum letak tuh..Dia lagi tau siapa yg lebih baik utk anum ;)

    ReplyDelete
  11. KAK BUI SEPERTI DPT MENJANGKA NI MESTI ADER KAITAN DGN HUSBAND ANUM KAN..

    BERSABARLAH YER ANUM..SETIAP APA YG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA..

    ReplyDelete
  12. lamanya xsinggah sini... moga anum tabah hadapi segala ujian yg melanda... bertuah kita kalau DIA menguji sbb DIA hampir dengan kita...

    take care anum...

    ReplyDelete
  13. dah lama D tak mai sini...tak sangka..ada 'kisah di sebalik coretan mu anum'... Pepon, kuatkan semangat. Insyaallah, dearie bloggers here akan mendoakan kekuatan & kebahgiaan anum. Anum, take ur time...

    ReplyDelete
  14. insyAllah ada yang lebih baik nanti Allah akan ganti...

    ReplyDelete
  15. Dear Anum.Tabah ok dengan segala dugaan dan cabaran.Allah takkan menduga hambaNya yang kuat.senyum sikit :)

    ReplyDelete
  16. InsyaALLAH anum, nureen sokong dr belakang.. kuatkan semangat tabahkan hati ya..

    ReplyDelete
  17. anum..
    cute mum tak pasti apa yang sedang berlaku sebenarnya sebab tak nak main agak2 jer..
    harap anum sentiasa kuat dan terus kan bersemangat yer..

    ReplyDelete
  18. Pink Tulip: thanks sis
    pocket: insyaallah, anum jadi kuat baca ayat2 dr pocket, thanks

    ReplyDelete
  19. salina: insyaallah sis, thanks sis
    azam: thanks bro

    ReplyDelete
  20. mama_umar_maryam: insyaallah sis
    Bui: thanks sis

    ReplyDelete
  21. shima: betul2, anum setuju
    dwaty: thanks

    ReplyDelete
  22. Diana: thanks sis n thanks sudi singgah
    Mrs.Eady: thanks

    ReplyDelete
  23. SangRatoo: insyaallah sis..
    Nureen: insyaallah sis

    ReplyDelete
  24. cute mum: thanks sis, semangat dr sis buat anum kuat

    ReplyDelete
  25. anum.. kuatkan semangat yerk.. jangan berterusan sedih dgn apa yg berlaku..

    sama2 laa kita menggembirakan diri sendiri.. naikkan semangat!

    psttt..moon baru je clash..atas permintaan moon sendiri.. demi kebahagiaan moon dan dia.. wlpun xsepenuhnya rela melepaskan..

    kita harus fikir.. kita masih mempunyai Allah swt.. kita perlu serahkan segala2nya pada Allah.. kalau terlalu bersedih..mengadulah padaNya.. Allah maha mengetahui apa yg tersirat dihati hambaNya..

    cuba senyum nampak gigi... haaa... ala tomei..tomei...

    ReplyDelete
  26. cikmoon: hehehe, dah senyum pun
    betul2 anum serahkan semua padanya

    ReplyDelete
  27. tabah ya anum..mgkin ini yg terbaik utk kalian berdua..percayalah Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk Anum..


    patah tumbuh hilang berganti..:)

    ReplyDelete
  28. Dear, setiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Semoga kita sama2 tabah menghadapi dugaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Hanya org yg pernah melauinya saja yg tahu betapa peritnya kehilangan sesuatu yg berharga dlm hidup. Teruskan berdoa.

    ReplyDelete
  29. hmm zuan rsa zuan tau apa yg brlaku skarang ni.. semuanya dirancang oleh-NYA

    btw glad to c u back on blog! make sure u are stronger this time :)

    ReplyDelete
  30. fiza: betul sis... thanks kerana memahami anum
    muhamad saiazuan: thanks.. insyaallah

    ReplyDelete
  31. patut pon pada awalnya dah pelik bila tgk banyak gambar yg dulu penuh ngn cinta dah tiada...humm..tak tau apa cerita, nak tya pon takot. tp apapon, kita doakan agar anum sentiasa gembira dan mampu menempuhi segala dugaan ini yer.

    ReplyDelete
  32. anum, bersabarlah..sue memahami mcmane bila ditinggalkan kekasih/org yg kita syg..sue pena lalui ape yg anum lalui..cuma keadaan kita berbeza..sue ditinggalkan/berpisah bila dh berkahwin dan mase tu kakak baru berusia 4 bulan..mmg perit..tp sue kena kuat demi anak..sue kena tabah demi anak..

    so, anum pls b strong..semua org ada bahagian msg2..Allah nk uji kita dr sudut yg berbeza..Dia nk tgk sejauh mana keimanan kita pdNya..doa dan tawakkal pdNya..kembali semula kpd Dia..nescaya ada yg terbaik yg Allah sediakan buat anum..pls b strong gurl!

    ReplyDelete
  33. akak harap anum akan terus kuat harungi segala dugaan yg Allah berikan. kena sentiasa positif ye dik.. takmo sedih ye ^__^

    ReplyDelete
  34. sue:thanks sis, anum gembira sis sudi bagi kata2 semangat pada anum
    thanks sis
    lia: insyaallah sis, thanks

    ReplyDelete
  35. "sometimes someone has to walk out of your life,for someone better to walk in"...i like that.indah sungguh mesej yang dikongsikan...
    dalam erti kata lain, ni lah yang dimaksudkan dengan pengalaman... :)

    ReplyDelete
  36. apa pun kena tabahkan hati n sentiasa cool k? anggap semua nya memang dah tertulis. kita hanya perlu laluinya sahaja
    hopefully happiness will find u k?

    btw
    salam kenal
    i singgah n follow kamu yer

    ReplyDelete
  37. putus cinta sebenarnya adalah permulaan..ianya bukan pengakhiran.permulaan untuk kita mecari sesuatu yang lebih baru,lebih baik dan.permulaan untuk kita lebih mengenali kehidupan yang akan datang.

    ReplyDelete
  38. kuatkan diri sis... semoga kegembiraan kembali dihati...

    ReplyDelete
  39. Lidia: thanks sudi singgah and follow me
    diana: insyaallah n thanks

    ReplyDelete
  40. kuatkan semangt anum k. Akak doakan sbg seorang wanita kita perlu kuat. Insya Allah maha menyayangi umatNya. Akak skrg tgh bergelut dugaan yg terbesar akak alami, tp syukur akak msh ada Allah, famili dan sahabat yg bg sokongan pd akak. Skrg baru akak thu knp Allah pilih akak hadapi semua ini wpun sakit akak nak telan. Skrg ni akak tgh berlawan perasaan, mental dan masyarakat.

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum