Campaigns

Feb 15, 2012

Kata-Kata Perangsang :)

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..

Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah.
Semoga semangat anda dan saya pulih seperti sediakala.
Semoga semangat juang anda kembali segar.
Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.
Agar jiwa anda kembali kental.
 Agar jiwa anda kembali bersemarak.
 Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan
segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa,
kerana anda masih mempunyai masa depan.

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

7. Tidak pernah wujud orang malas.
Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak
dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup.
Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

12. Selagi kita mencuba dan berusaha,
selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu.
Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

15. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang,
sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
 tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai
dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

19. Gagal selepas usaha adalah hikmah,
anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.


Demikianlah 19 kata-kata hikmah motivasi umum
yang sempat Anum kumpulkan.
Kata-kata ini la yang mengembalikan
kekuatan anum untuk teruskan
kehidupan.
Share:

41 comments:

  1. moga kata2 semangat ni, boleh buat sis lebih positive . smile =)

    ReplyDelete
  2. :) orang yang paling hebat dalam dunia ni adalah orang yang sabar dengan segala dugaan dan tidak cepat melenting....

    macam Anum.....take care friend

    semangat skit utk sem baru

    ReplyDelete
  3. hyz: insyaallah,, go, go
    azam: thanks bro..

    ReplyDelete
  4. Semoga kata² hikmah nih dpr kembalikan semangat yg telah hilang.

    ReplyDelete
  5. sekarang mmg waktu sgt pedih dan seksa jiwa....take time nak lupa n sembuh tapi kan lepas tue hidup akan rasa kembali bersinar.....fighting anum

    ReplyDelete
  6. lady ayu: thanks sis, anum rasa dtg semangat baru lepas baca apa sis pos

    ReplyDelete
  7. :)

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. semoga kata2 peransang ini dapat menambah keyakinan dalam hidup kita..

    ReplyDelete
  9. KATA KATA SEBAGAI PENIUP SEMGAT DAN ROH...!!!

    ReplyDelete
  10. smoga kata2 yg diberikan ini diingati dan djadikan peransang untuk kita tak berputus asa dan trus berjaya

    ReplyDelete
  11. Adando: yezaaaaaaaaa
    saiazuan: setuju

    ReplyDelete
  12. wahh menarik la kata2 ni..suka part yang no 2 dan no 10 heee

    ReplyDelete
  13. amiey lee: thanks sis, semoga dpt memberi semangat

    ReplyDelete
  14. insyAllah anum... positifkan diri k?

    ReplyDelete
  15. insyaAllah kami ada utk kamu anum! :D

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah anum..akhirnya anum bangkit dgn kata2 semangat, dgn izin Allah.. ;)
    terima kasih jg sbb share utk sume org.. ;)
    intan minta copy kate2 ni ye anum..tq ;)

    ReplyDelete
  17. intan: alhamdullilah, ok boleh je nak copy
    Nureen: thanks sis

    ReplyDelete
  18. mama_umar: insyaallah, kekuatan telah dtg

    ReplyDelete
  19. yg no 4 tu..sy selalu lari dr benda yg sy takut..x kuat nak hadapi..



    no 7..smpi sekarang sy x jumpa pekerjaan yg benar-benar sy suka..tp sy xlah malas hehe

    ReplyDelete
  20. Rina: hehehe, x pe jadikan kekuatan rina k
    Amy: thanks Amy

    ReplyDelete
  21. Sunah Sakura: betul2 , anum setuju :)

    ReplyDelete
  22. akak pun nak kuatkan semangat dan tak nak malas2 dah lepas ni...
    (ye ke???)hehehhe

    ReplyDelete
  23. bloghok: wwawawawa
    diana: betul2.. semangat2

    ReplyDelete
  24. sebagai manusia kita kenala selalu di ingatkan...

    thanx anum... hope anum dah ok yeee...

    ReplyDelete
  25. KAK BUI PUN SAMA,KALAU TGH ADER PROBLEM MESTI MENCARI KATA2 HIKMAH BUAT MENAIKKAN SEMANGAT..KDG2 BERKESAN,KDG2 TIDAK..HEHE

    ReplyDelete
  26. dwaty: alhamdullilah
    Bui: betul2 , sokongan buat kita kan sis :)

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels