Campaigns

Mar 31, 2011

Jiwang ker aku???????????

jiwang ker aku or aku ker jiwang....

hehehe...adoi hai ni ayat x leh layan ar....muahaahah......

aku nie bukan jiwang...cuma kekadang jer layan perasaan cikit...

(Layan blues katanya)hehehe aku nie nampak garang tp atie baik...

(peh perasan seh....hehehe)....

terpuji diri sendiri lak...(T___________T).....


tp ape2 pun aku nie bukan manusia yg special tau...

still masih ada silapnye n jahatnya....

klo sesiapa yg penah kenal btl2 atie budi aku...

sure die tahu aku sape??????

aku nie suka dengar lagu2 yg syok jer dilayan....

kira mcm klo mkn masak gulai tempoyok ikan patin....

(peh sedapnye)....yum...yummm....terbaeeeeeeeeek...

(tetiba sebut makanan lak~nampak sgt ler aku ni suke makan)....

KANTOI~~~~!!!!!

antara lagu yg aku suka layan

NASYID, ROCK,JAZZ, N MCM2 AR....

tp ape2 pun aku hanya akan layan lagu yg best utk terapi otak n telinga...

YERLAH.... kekadang kita nie ada musim ok n x ok....

alah biasalah org2 perempuan nye kes......

siiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhh....

(senyap jer klo dah tau yerk)

aku ni suke aktiviti lasak...

walaupun aku penah sakit waktu dulu2....

tp aku x suka ar kerana sakit....

aku x leh wat aktiviti lasak....

urm....

sekarang nie...

PERSOALAN+SOALAN=JAWAPAN

adakah korang yakin yg aku ni JIWANG..... (#_#)+(T_t)=(@_@)

Share:
Read More

Mar 30, 2011

Lawak aku gan pak cik POLIS ..:)


gah bw kete...tetiba aku break...

aku break sebab aku kena tahan PAK CIK POLIS....

pastu aku pun berhenti ler kete (x kan nak jalan lak bila dah break kan)..

pak cik polis pun suruh aku turunkan cermin kete....

aku pun dengan rasa pelik...pun turunkan cermin kete....urmmm...

" nape bawa kete laju sangat?" pak cik polis 2 tanya aku....

n jwpn aku (dengan penuh yakin) " bos sy cll, ada kes urgent...

sy kena balik opis" (dengan muka yg x bersalah tp still muka blur tetap ada)

( idea nie terkeluar secara x sengaja tau...heheheh) secara x langsung pak cik polis 2 jawab

" ok...alasan kukuh...sila jalan" AKHIRNYA: aku pun jalan seperti biasa...

seperti x ada ape2 yg jd... cuma rasa nak gelak guling2 x leh...

hehehehe ape2 pun jwpn aku memang best seh....

kerana nie mungkin idea daripada EN ABD WAHID AHMAD (KS(PA)) iaitu bekas bos aku gak ar....masa dok borak2 die kena tahan polis sbb dipanggil oleh big bos...

sekian ni ler lawak aku gan PAK CIK POLIS:)

Share:
Read More

Mar 29, 2011

Wanita cantik vs wanita x cantik

WANITA CANTIK

1. Orang kata: perempuan cantik mudah dapat teman lelaki.. 2. Orang kata: perempuan cantik sombong 3. Orang kata: perempuan cantik selalu curang 4. Orang kata: perempuan cantik pilih lelaki kaya n handsome 5. Orang kata: perempuan cantik seksi 6. Orang kata: perempuan cantik panas baran 7. Orang Kata: perempuan cantik hati tak bersih/ jahat 8. Orang Kata: perempuan cantik kaki kikis 9. Orang kata: perempuan cantik tak reti masak 10. orang kata : perempuan cantik tak hormat orang tua banyak lagi orang kata tentang perempuan cantik namun adakah semua ini benar?

WANITA x CANTIK

1. Orang kata: perepmuan x cantik baik x mudah dapat teman lelaki 2. Orang kata: perempuan x cantik tak sombong 3. Orang kata: perempuan x cantik tak curang 4. Orang Kata: perempuan x cantik tak memilih teman hidup 5. Orang Kata: perempuan x cantik tak seksi 6. Orang kata: perempuan x cantik pemalu / penyabar 7. Orang kata: perempuan x cantik hati baik 8. orang kata: perempuan x cantik bukan kaki kikis 9. orang kata: perempuan x cantik pandai masak 10. orang kata: perempuan x cantik hormat orang tua



ramai orang puji klo permpuan tu Cantik namun adakah semua ini benar? adakah pujian itu akan kekal? p/s: nilailah seseorang itu bukan dari luaran sahaja...namun dalaman sekali...jangan cepat mentafsir seseorang tanpa betul2 mengenalinya...kerana apa yang kita jangkakan tak semestinya benar n ape yang kita impikan x semestinya dapat....


Share:
Read More

Mar 28, 2011

Adoi Sakit Gigi..... wawawawawawa

Last weekend aku sangat menyedihkan... kepala sudah pening... skt sungguh.. .adoi!!!!!!!...aku rasa nak menjerit pun x leh..... bila sang utama di dalam mulut mula sakit...huru hara terus hidup nie.... "AKU SAKIT GIGI"... adoi!!!adoi!!!! tolong doktor....saya dah tak larat nie.... dah ler nak simpan duit...tup2....gigi nie pula minta belaian MANJA.... hai macam nielah rezeki aku....apa2 pun sabar jerlah.... nak tak nak kena g jumpakan gigi aku nie gan DOKTOR....klo tak sure si gigi nie berjoget-joget ala HINDUSTAN kat dalam.... urmmmmm...KENA WAJIB KAN DIRI UNTUK JUMPA DOKTOR GAK LAST WEEKEND..


Share:
Read More

Mar 25, 2011

ANDAI KAU TAHU

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Share:
Read More

Mar 23, 2011

Hobi yg agak menyemak

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Waduhhh...apa yg Aku sbukkan sbnrnya skrg ni...xtually kt opis xla sbuk sgt,tp x sempat nk post pe2 entry..lgipun PC kt opis penuh kevirusan..x snggup nk gadaikan keselamatan HP Aku during nk dload gmbr..hihihihi..
Aku nk share sket hobi Aku ni...hobi ni nmpk mcm menyemakkan..mklumla..wat penuhkan ruang kosong kt umah..tp ntah ek...dr dlu2 Aku mmg suka kumpul2 bendalah ni..ni dh keja,lgila tekun mengumpul..keh2...nk tahu apa?

*
*
*
*
*
*
*

jeng..jeng....hihihi..paperbeg...I like..like...

Dh byk diguna...ni antara koleksi kesygan..:P

Aku mula minat kumpul paperbeg ni sejak bila pn x pastila..tp mmg klu gi shopping mmg Aku sgt2 mgharap kedai bg paperbeg..hihii..kekdg tu siap tnya dgn kedai,'xde paperbeg ker?'..hihihi..klu kt gmbr tu rsnya byk koleksi husband pnya..sbb dia suka shopping kt 1 butik tu..x kirala beli brg kecik ke besar mmg dpt paperbeg..so,Aku la yg menciluk paperbeg tu..hihihi..Aku ni bukan kaki butik sgt..baju bundle pn Aku pki..buktinya..nmpk x paperbeg BIG BUNDLE tu?hihihi..ehh..jgnla U all jgnla ingat Aku ni just suka simpan paperbeg brg2 berjenama jer... Aku bukn mcm tu..klu x caya...tgok ni...
*
*
*
*
*

paperbeg McD pn simpan..huhuu...

Paperbeg biasa ,plastik comel2 pn Aku simpan,hihihi...klu beg berlogo mcm UTM & Jabatan Pertanian tu..of coursela free sgt2 sbb Aku ni keja gomen,so kursus di sana sini..jdi dptla beg free..xtuallykan Aku kumpul beg2 ni bukan suka2 & sengaja..mesti ada gunanya..klu yg dr butik tu mmg syg siket nk guna..sbb cantik kan,..hihihi..tp klu yg biasa2 ni..Aku leh guna utk bwk telekung ke,baju ke..klu nk gi mn2..klu yg jenis plastik,Aku leh guna utk simpan baju2 kotor klu gi holiday or picnic..& ada jg yg Aku guna utk bwk bekal makan Aku...hihihi..sapa ckp benda2 ni xde gunanya..x kisahla org nk kata menyemak ke apa..tp Aku suka..suka...& suka..org mintak..haipppp...xleh..xleh...keh2...


Share:
Read More

Mar 22, 2011

Geram,Marah,Tension,Sakit Hati,Sedih,Hampa..bla..bla

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Knp yer..di pagi selasa yg indah ni,Aku rs geram,marah,tension,sakit hati,hampa,kecewa..sakit kepala,sakit perut...hai....ntahla...knp aku kurg gembira lately ni?Knp kekdg aku rs nk menitiskn air mata?
Knp kekdg aku rs nak mengeluh sekuat2nya?Knp yer..knp?????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
Aku xde jawapan.....:(



P/S: Aku perlu byk beristighfar.......& muhasabah diri......


Share:
Read More

Mar 17, 2011

MELAYU MUDAH LUPA

Asalamualaikum....hari ni nak cerita ape yerk.......


entri apa yang nak tulis nie...jap..yerk....nak tanya DOREMON...
urmmmm....HEHEHE....


TING...tinggggg.....


HAI DAH ADA IDEA.



...YEH...YEH.....

ok2....

Firstly aku nak tanya....korang ada tak bercita-cita untuk menjadi jutawan mahupun usahawan yang berjaya....memiliki empayar di setiap pelusuk dunia....urmmmmm....ok2...impian dan cita-cita nie x salah...tapi adakah anda betul-betul berusaha untuk mendapatkanya?????
PERSOALAN PERTAMA....melalui pemerhatian aku....dalam senarai 10 orang terkaya di MALAYSIA dimonopoly oleh KAUM CINA....hanya sorang jer wakil dari KAUM MELAYU...PERSOALAN KEDUA pula FAKTA ORANG MELAYU ~bila kaya sikit tukar kete, bila kaya cikit PEREMPUAN,customer LAST money FIRS
T,percaya Terlebih...KONON nye kira ada ORANG KEPERCAYAAN dll~ manakala FAKTA ORANG CINA~ setiap kali ada UNTUNG kena simpan dalam BANK (saving account), Customer FIRST, x ada orang KEPERCAYAAN...


KE2- cuba korang tengok...selalunya company melayu akan cepat jer naik...pastu mesti turun pun cepat...KENAPA?BAGAIMANA?SIAPA?BILA? Dll.....persoalan yang terang-terang memberikan jawapan yang terbaik....


ANTARA punca nie semua berlaku "MELAYU MUDAH LUPA"(kata MANTAN PERDANA MENTERI (DR.M))...ok2...aku akan huraikan kenape yer semua ni terjadi?....kat MALAYSIA NIE...KERAJAN MEMANG menitik beratkan hak BUMIPUTERA....so banyak keistimewaan yang diperoleh dari KERAJAN....namun ada segelintir rakyat masih tidak sedar....(AKU BUKAN NAK BERPOLITIK)....dari sinilah kita harus sedar....keistimewaan yang ada ni bukan sementara...sampai bila harus kita mengarapkan semua ini...andai KERAJAN sekarang bertukar...adakah kita akan menikmati semua nie....


So korang kena ingat...seharusnya korang perlu lebih berjaya dari kaum lain...


CADANGAN AKU:

seharusnya korang kena " SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN" N jangan jadi " SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT" namun jadilah " SEPERTI RESAM PADI, SEMAKIN BERISI SEMAKIN MENUNDUK"....


Share:
Read More

Mar 16, 2011

FB Siarkan Phone Number????

Aku dapat tahu melalui blog yang baru aku follow. betul ke facebook sesuka hati menyiarkan no phone korang kat facebook? bukan ke bende tu private? aku ingat tipu. so, aku pun buat la mengikut arahan. bertindak mengikut arahan ye..

Go to the top right of your screen, click Account
Edit Friends
Go to the left side of your screen and click Phonebook.
Everyone's phone numbers are now being published.
dan apa yang terpapar adalah seperti yang dibawah:

ha.. berhati2 dan berwaspada lah anda. kalau la ade orag gila seks ke, orang ade niat tak baik ke, kan ke bahaya. sila lah buang nombor phone korang sekarang. kang tak pasal2 dapat gangguan seksual dalam phone. tak pasal2 gado ngn bf./gf. tu takpe lagi. kalu kantoi nagn laki/ bini cane? kan ke susah..tak kuasa mak!

tapi bagi korang2 yang sedang dalam prose mengayat awek/ balak2 yang cun/ hensem tu, ni la peluang korang dapatkn dorang punye nombor phon. hehe tapi lebih baik kenal dalam dunia realiti daripada kenal dari facebook ni. bak kate kawan aku yang sedang giat menjalankan kempen, Log out, GO OUT! di facebook :)

antara detail2 tentang kempen tu adalah:

Time: Saturday, March 19 · 11:00am - 5:30pm
Location: Extreme Park, Shah alam
This is an awareness campaign by Mass Communication students, SEGi University College, Kota Damansara.

Main objective of this campaign is to encourage online addicts to come out and engage in healthy activities.
• Encouraging addicts to engage themselves in fun activities and enjoy themselves.
• To remind them that there are more in life apart than Facebook.
...
We will have futsal competition, wall climbing and skateboard competition. Great prizes are waiting for you people. Come out and have a healthier and challenging life.

Futsal Competition - Limited to 16 teams only. first come, first serve)
Registration fee: RM 70/team
Prize: 1st place: RM 500
2nd place: RM 200

Skateboarding Competition - Open to all you pro skaters out there.
Registration fee: RM5/per person
Prize: RM150 (1st place)

Wall Climbing Competition
Registration fee: RM10
Prize: RM200 (1st place)

And you guys will be entertained by various bands/performers during the event.

Finalized bands/performers line-ups:

- Blister
- Avidity
- Rhythm Nation
- Fit Beat (Dance Crew)
- The Cherrybombs
- Black Ribbon
- Crack Circle
- DBD

JOM RAMAI2 JOIN.

Share:
Read More

Mar 14, 2011

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?



Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Share:
Read More

Mar 11, 2011

AKHIRNYA dia miliku.....

MORNING...........


Ahamdulilah akhirnya...sasaran tahun 2011 berjaya terlaksana dengan izin ALLAH....x dapat nak digambarkan kegembiraan yang dipendam bertahun ni....syukur tak terkata....


Korang mesti tertanya-tanyakan apa yang aku sasarkan....ok...semua sasaran aku dah tulis kat tepi blog ni...


entri sebelum ni aku dah bagitau yang jam tangan telah berjaya dimiliki....so seterusnya adalah.....urrrrrrmmmmmm...jap...jap....sebelum korang tahu....korang kena tutup mata dulu......



ok...sedia.....







taraaaaaaaa.....nilah miliku......

perjalanan untuk mendapatkan kekasihku ni terlalu sukar....so bila dapat...x dapat nak bayangkan kegembiraanya....hanya mampu memanjatkan kesyukuran tak terhenti-henti.....yerlah semuanya terhasil dari simpanan sendiri selama beberapa tahun....alhamdulilah sekali lagi......amin......


oklah sampai sini saja yerk cerita aku....lepas nie kepada yang mengikuti blog aku...nantikan sesuatu yerk....apa-apa pun korang kena doakan akan kejayaan saya dan juga dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan....amin.......


Share:
Read More

Mar 8, 2011

Sindrom Gila Update


Salam sahabat-sahabat sekalian. Balik kerja terus on komputer. Buruk tul perangai. huhuhu... Sila jangan ikut. :)

Korang tahu apa itu penyakit "Gila Update"? Haaa...Penyakit ni bukanlah penyakit gila meroyan k. hukhuk....
Sindrom Gila Update atau BUKAN dalam bahasa Sepanyolnya "Craziatoz Updiates Sindromon" merujuk kepada kekerapan seseorang blogger itu mengupdate blog mereka. Kebiasaannya penyakit ni menular kepada mereka-mereka yang baru membuka blog sebab masih banyak idea. Tidak kurang juga kepada mereka yang dah lama berblogging dan sememangnya diorang ni banyak idea. Tak kiralah Idea tu idea yang bernas atau pon idea yang merapu meripan. Kadang tu 3-4 entry sehari. Situasi ni pernah berlaku terhadap diri aku juga k.

Seperti yang kita semua tahu. Kekerapan seseorang blogger itu mengupdate blog menunjukkan seseorang blogger itu seorang yang aktif menulis dan banyak idea. Dari sudut SEO juga ianya memberi kesan yang agak baik terhadap blog tu dari segi Page Rank atau apa sahaja lah penganugerahan dari pakcik Google tu (Aku tak arif dalam SEO, jangan tanya aku)

Namun begitu, disebalik kelebihan mereka yang rajin update blog atau yang banyak idea ni, ada juga keburukannya. Ada Pro dan Contranya. Entry aku ni lebih merujuk kepada blog yang kurang mesra SEO macam blog aku k dan lebih mengharap kepada kunjungan rakan-rakan blog didalam usaha meningkatkan bilangan traffik blog. Sekiranya seseorang blogger tu terlalu kerap mengupdate blog, ianya mungkin akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pembaca-pembaca blog tersebut. Bukan kesukaran untuk membaca entry-entry mereka. tetapi kesukaran untuk mengejar masa didalam membaca kesemua entry-entry terbaru mereka. Jika sehari 1-2 entry mungkin boleh diterima. Tapi jika 3, 4 atau 5 entry sehari bagaimana? Kena pula 1 entry tu panjang berjela, nak habiskan 1 entry memakan masa 10-15 minit. Kemungkinan besar pembaca hanya akan membaca entry yang terpaling-paling terbaru atau terkini ataupon yang mereka rasakan mereka ingin membaca entry tersebut. Lebih memburukkan keadaan, entry-entry tu semua entry merapu meripan. Perlu diingat bahawa sesetengah pembaca perlu merayap bukan 1 2 blog sahaja, mungkin ada yang perlu berbogwalking sehingga 10-20 blog rakan-rakan yang lain. Sekiranya masa yang diperuntukkan untuk membaca entry-entry pada blog tu sahaja memakan masa 30 minit. Rasanya ianya sedikit membebankanlah. Bila dah beban, mungkin hanya 1-2 entry sahaja yang dibaca dan dikomen. Sesetengah pembaca mungkin mereka hanya sekadar ingin meninggalkan jejak atau membuat komen balas daripada blog mereka yang telah dikomen. Ingat perkataan ni..."sekadar". Sekadar bermaksud.."Oklah tu, aku dah buat kunjungan balas, aku dah komen. Kiranya aku dah melawat blog ni. Aku nak melawat blog lain pulak.Bye!". Nampak? Perkara ni mungkin berlaku k walaupon pembaca tu adalah pembaca tegar blog tersebut. Masa amat terhad.

Dalam perkara ni, aku rasa kualiti penulisan tu adalah lebih penting berbanding kuantiti. Tak salah pon sebenarnya kalau nak buat 3-4 entry sehari. Korang punya blog, korang punya pasallah kan. Ok. Tapi kalau semua entry-entry tu cerita pasal kisah peribadi, jatuh cinta, jatuh moto, gaduh ngan pakwe makwe apa segala tak kena juga kan. Aku rasa lebih baik update hanya sekali sehari tetapi kandungannya memberi informasi. Kekerapan sesuatu blog itu diupdate bukan kunci untuk mengekalkan pelawat atau pembaca, tetapi intipati atau input yang bakal diterima oleh pembaca itu sendiri.

Entry ni aku buat bukan sebab aku jeles kepada blog-blog yang rajin update erk sebab sekarang aku agak jarang update. Tetapi sekadar perkongsian pendapat aku jer ler. Apa-apa pon aku tetap respek cara berblogging blogger-blogger lain dan aku pegang kata-kata "blog aku, aku punya pasal!"

Sekarang ni aku manage waktu, hari ni aku buat entry, esok blogwalking. Nak buat dua-dua aktiviti ni. 24 jam pon tak cukup baiii... Aku bukan full time blogger. Ahakz!

P/S : Jangan ada yang terasa tau. Ni pendapat aku jer.
P/S : Nak baca semua entry-entry baru member, tapi masa jeles sangat kat aku.

Share:
Read More

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum