Campaigns

Aug 12, 2011

Kisah Budak Penjual Kuih

Assalamualaikum dan selamat pagi semua
Ermmmmm.. hari ini anum nak share
Satu cerita tentang budak jual kuih
Anum dapat cerita ini daripada email
yang kakak Anum fwd bagi anum
Setelah Anum membaca cerita ini
Anum berhajat ingin menyebarkan
Cerita ini kepada semua kawan-kawan
Untuk anda nilai dan muhasabah diri..
Sama-sama kita renungkan ya.

Kisah Budak Penjual Kuih

 
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.


"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya.
Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.
Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

*Sesungguhnya Anum sangat kagum dengan sikap kanak-kanak itu.
Dia menyedarkan Anum, siapa kita sebenarnya! *

Share:

71 comments:

  1. speechless...tak ramai dah orang berhati mulia cam gini sekarang ni...

    ishh, syahdu plak pepagi ni num weii....arghh...nitis airmata mak...uhukss

    ReplyDelete
  2. Nyok, sedeyh laaaa :'(

    ReplyDelete
  3. cikmot:ye la kan sis, anum semalam lepas baca nangis..
    Anonymous: jadikan pedoman ok

    ReplyDelete
  4. anum,kamu buat yuyi menitiskan air mata pagi2 ni!! terharu kan ada budak berhati mulia seperti itu..

    sejuk perut ibunya mengandung..

    alhmdulillah dapat anak sebegitu..

    ReplyDelete
  5. nuyui:ye la nuyui, sangat2 terharu.. baiknya hati dia

    ReplyDelete
  6. sgt2 tersentuh....

    semoga budak tuu menjadi insan berguna & berjaya bila dewasa nnt

    ReplyDelete
  7. Qaseh: insyaallah, budak tu adalah anugerah yang tak ternilai buat ibu dan bapanya

    ReplyDelete
  8. azam: x pe kita menangis sekarang
    sambil tue kita dapat muhasabah diri kita

    ReplyDelete
  9. menitis air mata acik!

    mula2 kagum ngan budak tu sb ingatkan dia sedekahkan pula RM10 tu kerana kesian ngan pengemis tu ..

    double triple kagum bila tahu sebab sebenar dia sedekahkan RM10 tu ...

    mampu kah kita menjadi ibu seperti ibu kp budak tersebut? huks!

    ReplyDelete
  10. sebak gak la baca....
    nak jumpa yang bersikap gini 1 dalam 100 jer...moga anak2 kiter terpilih dlm golongan ini

    ReplyDelete
  11. memberi itu lebih baik dari yg menerima

    ReplyDelete
  12. tak sangka kan, dgn budak leh kiter tersedar dan berpikir...kagum sgt ngan budak tu

    ReplyDelete
  13. Acid: renung-renugkan la.. amin
    Lady Ayu: amin...
    NMO2: SAYA SETUJU
    sweet Umi: betul2, kadang2 cara lain x berkesan

    ReplyDelete
  14. tulah..terkadang...bila ernampak bdk2 jual barang kat kedai2 makan..kesian pulak. nak beli..nt tak dimakan..tak beli simpati...

    ReplyDelete
  15. Diana: ye la , tp kena tgk jugak
    kadang2 mereka ada agen yang ambil kesempatan suruh mengemis, dan jual

    ReplyDelete
  16. saya ada cerita yang lebih kurang sama mcm nih... huhuhu...

    ReplyDelete
  17. sebak baca...rasa insaf dan segan dengan budak sekecil ini tapi hati mulia :)

    ReplyDelete
  18. bagus budak tu..dia telah dididik agar berusaha bukan meminta-minta

    ReplyDelete
  19. Norhisham: ye la, susah nak cari budak macam nie
    Oshin: ye la, dengan kita membaca cerita begini boleh mendatangkan kesedaran dalam diri kita
    Redza: alhamdullilah

    ReplyDelete
  20. sensitif sikit hal gini..cpt benor sedih!!

    p/s: haah,sedap kek tu =)

    ReplyDelete
  21. Nuyui: sama la ngan anum

    best kan, nak skit

    ReplyDelete
  22. Sorry off topic...

    Dah lama nak tanya anum

    gambar wedd tu yg kat train bridge tu lokasi sebenar kat mana...?

    ReplyDelete
  23. aaah sis...

    ila ada baca kisah neh di blog mana tah...sedihh ja baca...sebab bdk tu nak usaha sndri..abg tu pun baik tlg adik tu..

    ReplyDelete
  24. sejok pewot ibu mengandungkan bdak ni..

    ReplyDelete
  25. Cikmoon:terbaik kan
    Gedek: kat kg anum.

    ReplyDelete
  26. Ila: ye la kan, jarang nak jumpa budak yang pandai macam nie
    Dwaty: terharu
    Sally: amin

    ReplyDelete
  27. Nice post!susah cari org yg bhati mulia skrg..klu ada pun,msti mahu balasan kan...so glad la if jmpa org yg btul2 bhati mulia and ikhlas mnolong kita kan....

    ReplyDelete
  28. Azean:ye la 1 dalam seribu kan

    ReplyDelete
  29. wah,bestnya cerita ni..terharu bui membacanya..bgs betul budak tu kan..wpun miskin tp berprinsip..*_*

    ReplyDelete
  30. Ada dpt email pasal citer nih, sedih sgt bila baca.

    ReplyDelete
  31. terharu.budak tu betul2 tabah dan ingat pesanan ibu dia..

    tak ramai orang macam tu

    ReplyDelete
  32. Bui: ye la dia x kan meminta dr org lain
    Fiza:sedih kan ..

    ReplyDelete
  33. ibunya memang hebat sbb bole didik budak tu..

    ReplyDelete
  34. JIJI:nangis je x pe sebagai pedoman kan

    ReplyDelete
  35. sungguh mulia hati anak kecil tue.. sejuk perut ibu menagndung.. rasa nak nangis pon ada..

    ReplyDelete
  36. UHUHUHU..MCAM2 KAN ORANG SKRG..KUEH2...

    ReplyDelete
  37. Nureen: ye la kan nureen... sedih dan terharu kan
    Eintan:ye la 1 dalam seribu

    ReplyDelete
  38. Anak siapa tu..pandai maknya mendidik anak..kagum..

    ReplyDelete
  39. sobs.. aku hmpir nangis dgr kisah ni.. :')

    mengingatkn kita supaya brusaha

    ReplyDelete
  40. sedih lak bile baca cter ni kak.. susah nak jumpe orang yang berhati muloa zaman sekarang ni kn... :(

    ReplyDelete
  41. kagum dengan mak dia yg berjaya mendidik anak dia jadi manusia semulia itu...

    ReplyDelete
  42. sutera kasih: hebat kan didikan dia
    saiazuan: betul2 usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete
  43. Taufiq:1 dalam seribu
    Nuramallina: sama la
    Msred: betul2

    ReplyDelete
  44. huhu sedih sedih...anum tu gambar yg betul ke?

    ReplyDelete
  45. anum, sy yang menbaca dr awal hingga ke akhir tetiba "speecless"........
    terasa teramat sgt nak jumpa budak tu..sungguh mulianya die!~

    ReplyDelete
  46. kagum dgn budak tu,kdg kita yg ada kudrat ni pun malas nk berusaha,sdgkn yg kanak2 ni pun tahu utk berusaha...

    ReplyDelete
  47. sedeylah anum.. baguskan budak tu dgr pesanan mak dia.. :)

    ReplyDelete
  48. haha datang lagi..eeh kalo sye pon nak jual kueh boleh dak?hehe..nak tambah pendapatan huuuu..bulan ni sengkek sgt mcm2 nak kene bayor~~

    ReplyDelete
  49. Errk,,


    aku tak reti nak komen apa dah.

    ReplyDelete
  50. bagus budak nih...sgt patuh ngan mak nye...

    ReplyDelete
  51. walaupun pnh bace ttp rs tersentuh dgn semngat adik tu..kagum2..berusaha untuk mendapatkan duit tnpa rs jemu kan.

    ReplyDelete
  52. sedih kan, kita kena amik cerita nie untuk jadikan seorang yang muhasabah diri

    ReplyDelete
  53. sejuk perut mak yang mengandungkan dia..
    moga dia terus sihat dan tabah dalam menjalani kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  54. aiza: ye la kan.... sejuk perut ibu mengandung

    ReplyDelete
  55. bersyukur dgn apa yg telah diberikan & very impress dgn usaha budak ni...kecik2 dah pandai pk & beza apa yang baik & buruk...

    ReplyDelete
  56. touchingnyer..!!! terus rase nak menitik air mate ni...

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels