Campaigns

Mar 8, 2011

# Suka-suka

Sindrom Gila Update


Salam sahabat-sahabat sekalian. Balik kerja terus on komputer. Buruk tul perangai. huhuhu... Sila jangan ikut. :)

Korang tahu apa itu penyakit "Gila Update"? Haaa...Penyakit ni bukanlah penyakit gila meroyan k. hukhuk....
Sindrom Gila Update atau BUKAN dalam bahasa Sepanyolnya "Craziatoz Updiates Sindromon" merujuk kepada kekerapan seseorang blogger itu mengupdate blog mereka. Kebiasaannya penyakit ni menular kepada mereka-mereka yang baru membuka blog sebab masih banyak idea. Tidak kurang juga kepada mereka yang dah lama berblogging dan sememangnya diorang ni banyak idea. Tak kiralah Idea tu idea yang bernas atau pon idea yang merapu meripan. Kadang tu 3-4 entry sehari. Situasi ni pernah berlaku terhadap diri aku juga k.

Seperti yang kita semua tahu. Kekerapan seseorang blogger itu mengupdate blog menunjukkan seseorang blogger itu seorang yang aktif menulis dan banyak idea. Dari sudut SEO juga ianya memberi kesan yang agak baik terhadap blog tu dari segi Page Rank atau apa sahaja lah penganugerahan dari pakcik Google tu (Aku tak arif dalam SEO, jangan tanya aku)

Namun begitu, disebalik kelebihan mereka yang rajin update blog atau yang banyak idea ni, ada juga keburukannya. Ada Pro dan Contranya. Entry aku ni lebih merujuk kepada blog yang kurang mesra SEO macam blog aku k dan lebih mengharap kepada kunjungan rakan-rakan blog didalam usaha meningkatkan bilangan traffik blog. Sekiranya seseorang blogger tu terlalu kerap mengupdate blog, ianya mungkin akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pembaca-pembaca blog tersebut. Bukan kesukaran untuk membaca entry-entry mereka. tetapi kesukaran untuk mengejar masa didalam membaca kesemua entry-entry terbaru mereka. Jika sehari 1-2 entry mungkin boleh diterima. Tapi jika 3, 4 atau 5 entry sehari bagaimana? Kena pula 1 entry tu panjang berjela, nak habiskan 1 entry memakan masa 10-15 minit. Kemungkinan besar pembaca hanya akan membaca entry yang terpaling-paling terbaru atau terkini ataupon yang mereka rasakan mereka ingin membaca entry tersebut. Lebih memburukkan keadaan, entry-entry tu semua entry merapu meripan. Perlu diingat bahawa sesetengah pembaca perlu merayap bukan 1 2 blog sahaja, mungkin ada yang perlu berbogwalking sehingga 10-20 blog rakan-rakan yang lain. Sekiranya masa yang diperuntukkan untuk membaca entry-entry pada blog tu sahaja memakan masa 30 minit. Rasanya ianya sedikit membebankanlah. Bila dah beban, mungkin hanya 1-2 entry sahaja yang dibaca dan dikomen. Sesetengah pembaca mungkin mereka hanya sekadar ingin meninggalkan jejak atau membuat komen balas daripada blog mereka yang telah dikomen. Ingat perkataan ni..."sekadar". Sekadar bermaksud.."Oklah tu, aku dah buat kunjungan balas, aku dah komen. Kiranya aku dah melawat blog ni. Aku nak melawat blog lain pulak.Bye!". Nampak? Perkara ni mungkin berlaku k walaupon pembaca tu adalah pembaca tegar blog tersebut. Masa amat terhad.

Dalam perkara ni, aku rasa kualiti penulisan tu adalah lebih penting berbanding kuantiti. Tak salah pon sebenarnya kalau nak buat 3-4 entry sehari. Korang punya blog, korang punya pasallah kan. Ok. Tapi kalau semua entry-entry tu cerita pasal kisah peribadi, jatuh cinta, jatuh moto, gaduh ngan pakwe makwe apa segala tak kena juga kan. Aku rasa lebih baik update hanya sekali sehari tetapi kandungannya memberi informasi. Kekerapan sesuatu blog itu diupdate bukan kunci untuk mengekalkan pelawat atau pembaca, tetapi intipati atau input yang bakal diterima oleh pembaca itu sendiri.

Entry ni aku buat bukan sebab aku jeles kepada blog-blog yang rajin update erk sebab sekarang aku agak jarang update. Tetapi sekadar perkongsian pendapat aku jer ler. Apa-apa pon aku tetap respek cara berblogging blogger-blogger lain dan aku pegang kata-kata "blog aku, aku punya pasal!"

Sekarang ni aku manage waktu, hari ni aku buat entry, esok blogwalking. Nak buat dua-dua aktiviti ni. 24 jam pon tak cukup baiii... Aku bukan full time blogger. Ahakz!

P/S : Jangan ada yang terasa tau. Ni pendapat aku jer.
P/S : Nak baca semua entry-entry baru member, tapi masa jeles sangat kat aku.

1 comment:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/