Campaigns

Sep 30, 2010

SeSi BeLi-BELah NoVEL... =)

Setelah beberapa bulan aku tidak meninjau mahupun membeli Novel..akhirnya pada minggu ni selepas aku gi menonton wayang aku pun singgah la kat PopuLar Book hehe..dan mengusha novel2 terbaru di pasaran..Kad popular aku pun akan tamat bulan 11 ni..rugi lau x guna kalau asyik simpan lam dompet jer..jadi lau beli novel tu dpt la diskaun sikit hehe..


So pi la merayau usha sanaa usha sinii..akhirnya aku berkenan byk novel..tp gilerr la nk beli sumee..mana nk cri duet..akhirnya aku memborong 3 novel..seperti yg korang tgk gmbr diatas..dan disebabkan ada promosi aku dpt 1 novel percuma hehe yessss!!yess..tebal lak tu..sukeee..hehe..jadi 3+1 laa nii..beli 3 percuma 1..so 4 novel sume yg aku ada..berat gak nak bawa balik..nasib time balik aku naik teksi balik umah..mang hari tu hari bertuah gak la..teksi yg aku naik x caj mahal2..murah2 gak la..lega semua urusan selesai..


So sekarang ni aku dlm proses membaca novel..baru baca first novel tjuk iLLusi hati karya Haiza Najwa..bru baca sikit..setengah novel pun x sampai lg..maklumla aku ni jenis yg baca sikit2..aku x suke baca sampai hbs dlm 1 hari..rasa cm x dpt nk hayati sepenuhnya kalau baca dlm kadar cepat cmtu..aku pilih novel ni sbb jalan cerita die amat berbeza dgn novel2 lain..rsanya xde lgi kot novel lain yg pernah buat jalan cerita cmni..kalau nk tau synopsis die..pergila kat laman web Alaf 21..hehe.. .


Share:
Read More

Sep 29, 2010

My BLog, Me & otHeRs

Emm diam x diam dh hampir setahun lebih aku mempunyai BLog dan menjadi penulis Blog yg x terlatih dan separuh masa serta sesuka hati hehehe..

Mulanya sekadar suka2 lama2 jadi hobi sampingan la plak..aku belum la fanatic dgn BLog ni sume..masih ditahap suam2 kuku jer..banyak benda yg aku x terror lagi dlm dunia penulisan BLog nih..ada gak Dgn hanya menulis blog ni boleh dapat duit beratus malah beribu!! Tpi apa pun kena rajin la update, blogwalking dsbnya..aku mang x arif lagi dlm bab2 nih..ada Nuffnang la, Mangga online lah..tpi aku try je dua2 ni..aku letak kt blog aku..ada gak yg kata kena pilih salah satu je..nanti dpt duit sikit jer..tp bagi aku lantakla..bedal je..pakai letak jer..lagipun aku menulis bukan kerana nama mahupun duit ceewaahh hehe tp kalau dpt duit kira bonus la kan hehe (nak jugak la tuh) hehe..

Aku buat BLog ni saja je suka2 hati..

X sangka lak ada gak kawan2 yg kenal aku menjadi silent rider aku..ada gak sedara mara aku, yg turut membaca nukilan aku nih..ingatkan xde..well bile jadi camni..jadi segan la plak nak kongsi serta menulis ttg sesuatu..hehe..malu la plak..yela apa plak yg diorang pikir lepas baca apa yg aku tulis..maklumla melalui penulisan kita org boleh juga membuat penilaian keatas kita..tambah parah kalau ada yg terasa hati bile baca Blog aku ni..emm apa2 pun sorry kalau ada sesape yg terasa..rasanya aku hanya menulis apa yg aku rasa jer..cite betul xde yg rekaan pun..cite pengalaman, perasaan, aktiviti dan sebagainya…


Share:
Read More

Sep 28, 2010

OPEN HOUSE

SALAM KEPADA SEMUA SAHABAT SERTA KAWAN2
DISINI SAYA INGIN MENJEMPUT SEMUA KE RUMAH SAYA
(OPEN HOUSE KECIL-KECILAN)

TARIKH: 1 OKTOBER 2010
HARI: JUMAAT
MASA: 6PM-11PM
ALAMAT: NO.6, JALAN 4/38G
TAMAN SRI SINAR
51200 SEGAMBUT
KUALA LUMPUR

RUMAH BERDEKATA N DENGAN KFC, BALAI POLIS SRI SINAR,
KOMUTER SEGAMBUT,MASJID WILAYAH,KEPONG BARU
( KALAU SESAT TUE CALL JE LA EK)

NO YG PERLU DIHUBUNGI: 012-6574448 (ANUM) 012-6400405 (ZAI) & 012-6155256 (ADY)

DIJEMPUT SEMUA BAGI MEMERIAHK AN OPEN HOUSE
TERIMA KASIH

Share:
Read More

Sep 22, 2010

HiKmaH Di SeBaLik SaLaM..

SaLah satu kelebihan Umat IsLam ialah mengucapkan 1 saLam yg sama tak mengira bangsa atau apa jua bahasa pertuturan. Sememangnya kita digalakkan menyebarkan salam sesame Umat dan sesungguhnya banyak rahmat yang tersembunyi disebaLik SaLaM..

HikMaH Di SebaLik SaLaM..

1. MenaMBah KebeRkataN daLaM HidUp..

2. MeRaPat daN MengeRatKaN laGi SiLatuLraHim SesaMa UmmaH..

3. AkaN teRhaPus DoSa-dosA keCiL ketiKa BeRsaLaMan..

4. AkaN DikuRniaKan oleh ALLAH, ganJaRaN PaHaLa..

5. OraNg yaNg MenGhuLuR SaLam meNdaPat 9 GaNjaRan berBaNding OraNg yang MenyamButNya..

6. AkaN diMahkotakaN oleh ALLAH di PadaNg MasyHaR keLak….

Share:
Read More

Sep 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010


It’s that time again! Ramadhan is almost over and by Friday all Muslim will celebrate the victory day –Eid Mubarak- 1st Syawal. I would like to take this opportunity to wish all of my Muslim friends“Happy Eid Mubarak” / Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.May this Syawal brings you joy and happiness. Remember ALLAH always!



Jika saya ada tersalah bahasa, terlanjur kata dan apa jua jenis kesalahan, saya memohon kemaafan. Semoga kita kembali kepada fitrah manusia yang baik-baik bersempena dengan hari raya fitrah ini seperti bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Kita berjumpa lagi selepas hari raya nanti. Lupakan kerja dahulu dan ambillah peluang dan masa yang ada untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Hari raya lah antara hari yang sesuai untuk bertemu dengan mereka yang amat jarang kita bersua muka.
Selamat bergembira bersama orang yang tersayang.
Share:
Read More

Sep 3, 2010

KaD RaYa VS SmS RaYa…

Antara menerima kad raya dgn sms raya di tepon mana yg korang pilih..?kalau aku sure la aku pilih kad raya..apa barang setakat sms bagi ucapan raya jer..tu pun sekadar forward sms bukan ayat sendiri pun..teringat masa sekolah dulu..time tu byk dpt kad raya..maklumlah senang nk bagi..x pyh pkai pos, setem sume..kad raya lak ada mcm2 jenis..selalunya kad raya kartun jadi pilihan sbb seronok mbacanya..

Smpai sekarang aku mmg suka kad raya..sapa2 yg bgi kad raya kt aku time kasih ye..saya sukee sgt..lain kali bagi lagi yerr..hehehe….Insyaallah aku akan baLaz secepat mungkin…

Simpanan kad raya aku yg tahun2 trdahulu byk juga..kalau ada yg hntr sure aku balaz..tp kalau nk suh aku yg hntr dulu kad raya kt member2 aku dh serik rr…yer r kite ni punye la ikhlas bagi kad raya lawa2, tulis pjg2..hntr kat kwn2..tp hampehh…x balazz…keciwaaa..last2 sms raya jela yg dpt..tu pun forwardnyer..emmm biasalaa..org busy la katakan…last2 aku pun jd malaz nk hntr2 kad raya nih..kalau balaz xpe gak..bru la seronok sikit..sbb tu kalau ada kawan yg hntr kad raya kt aku..aku jd terharu n berbesar hati menerimanya.. =) ..

Jd pendek katanya..saya suke terima, baca dan balasss kad raya hehehe…

Thankzzz pd yg sudi hntr kad raya kat aku yerrr…
Share:
Read More

Sep 2, 2010

CiNta SeBeLuM & SeLePas KaHwiN-(mana yg berbaLoi???)

Cinta Selepas kahwin adalah cinta sejati

Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahwa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahwa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon dan lain-lain.

> Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.
> Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.

> `Cinta Sebelum Perkahwinan`

> Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

> Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

> Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cintakepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

> Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

> Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

> Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang rtama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.

> Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa :

> " Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"

> "if you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.

> Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing- masing.

> Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepada orang lain
Share:
Read More

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum