Campaigns

Jul 19, 2010

MUSIM DURIAN! DURIAN! DURIAN!

9:35 AM 4 Comments
Last week aku ngan semua adik beradik balik kampung
buat pesta durian kecil kecilan.
Saat yang memang best with my family, enjoy makan durian.
Mari kita layan gambar-gambar kat bawah ni.

perh! tergugat iman aku

menggoda sungguh kekuningan mereka tuh.

serangan bertubi2 terhadap durian.
amboi2..meriah betol si kecik nie ye.

budak kecik ni pun makan durian.

ini lah muka2 hantu durian.

aku tau zai memang suke makan durian..

Memang rugi siapa yg x makan durian.. hehe

Jul 12, 2010

Alahai Sejuknya Kat Office nie

11:41 AM 2 Comments

Aduhai.. sejuk tahap nak beku dah ni. macam kena rendam dalam ais. air cond kat office ni boleh buat saya kebekuan. Last week dah komplen yang dekat unit bangunan sejuk sangat. dah ok kat sini dah tak berapa sejuk. Tiba2 hari ini jadi sejuk semula.J

ari jemari saya yang runcing ni dah sejuk kaku beku. en. technician tolonglah turunkan sikit temperature ni.

nak bagi kami mati ke? macam mane la nak wat keja kalau sejuk macam ini..

Adoi-adoi tolong la....wawawawawawa-huhuhu~

Disebabkan tahap kesejukan yang melampau aku jadi lapar je
so untuk menghilangkan sejuk apa lagi makan je la
24 jam mengunyah je.. hahahaha
Nak buat kerja pun rasa macam malas, sebab sejuk sangat.
Kadang-kadang tu rasa macam freezer. Aku rasa semua staff aku pun dah tak larat
nak complaint kat building management pasal tahap kesejukan yang melampau ni.
Dahlah aku ni memang jenis alergi sejuk...tak tipu. Pernah one time,
masa orientation week, pitam kat dewan canselor...sejuk punya pasal.
Sedar-sedar ada kat luar dewan dgn 2 org senior...tak dapat tengok bebudak ROTU buat performance. Mesti ada yang pelik aku kata aku ni ada alergi sejuk..
percaya atau tidak kalau my body in contact dengan benda sejuk,
place yg kena tu akan jadi swollen.
Tapi bukanlah swollen yang jenis sakit...cuma akan rasa itchy,
panas and merah for few minutes. Macam manalah nak pergi 'over the sea' macam ni.
Tolonglah......

Jul 11, 2010

PEMERGIAN SEEKOR KUCING

9:30 AM 2 Comments
Kucing yang paling aku sayangi dan paling2 comel da mati!! waaa~~~ si kecik da mati.. kalu tak ingat kucing yang mane satu,cari kat sini kesian ank kucing ni.. kami terjumpa die dalam longkang dalam keadaan yang tak bermaya dan tinggal nyawa2 kucing. mulut die tercungap2 dan mata die hampir nak tutup. owh! sungguh syahdu. kitaorg bagi die minum air sikit. die ade bagi respon.kebetulan time tu aku nak gerak balik KL. so tak tau keadaan die camne kesudahannye hari tu. A.Ngah je yang tinggal kat rumah time tu. dapat tahu anak kucing tu dah mati dan dah ditanam kat belakang rumah..mak aku cakap maybe die termakan racun tikus..sebab mak aku ade letak racun tikus dekat kawasan rumah aku. tak de lagi gelagat si kecik lepas ni.. :(

mase ni die masih bernyawa
tapi dah lemah

kesian :'(

Jul 6, 2010

PARK YONG HA MATI BUNUH DIRI ( PELAKON DRAMA WINTER SONATA )

11:13 AM 1 Comments
Pelakon dan penyanyi popular Park Yong Ha yang berusia 33 tahun ditemui mati 30 Jun 2010, dipercayai membunuh diri ditemui tergantung dengan wayar pengecas bateri telefon bimbitnya. Waa~~~ muke ensem tu.. pelakon yang berjaya menggoda hati ku plak tu. sayangnye.. muka hensem, bekerjaya hebat, suara sedap, popular tapi tak bahagia..kenape? tak de awek ke? aku kan ade.. haish~~

Aku start minat mamat ensem ni sejak layan citer Winter Sonata yang popular gile babas kat negara kite satu mase dulu. zaman2 aku form 3 kot.. ish, tak ingat plak.. pengaruh citer ni kuat gile sampai name card pilih gambar citer nih. bajet hebat je name aku kat sebelah kanan.muke si heroin kat sebelah kiri. bajet cun macam pelakon tu la konon.. rase cam hebat sangat la konon ade card name cam 2. hampeh je..haha kakak aku pun da tersangkut ngan citer tangkap leleh ni. siap beli DVD original lagi. ade 20 disc sume skali. tak sabar nak tengok kat tv. baru sampai episode 10 kakak aku terus pecut kereta beli kat kedai cina sebelah pasaraya The-Store. RM 100 tu..siap dapat poskad,poster,autograph pelakon citer tu dan ntah ape2 lagi tah. sanggup mak aku membeli semata2 nak menatap wajah pelakon2 yang mencairkan hati dan sanubari nih..best la kakak aku. cayalah cik mon..hihi
rupa bentuk cd 2 lebih kurang camni.hebat tak? ahah.gedik lebih.
:)

pergh! terasa sensitif lak aku bile teringat die nih. sambil tu cube
layan lagu ni..melodi die mencengkam kalbu wa cakap lu. video
syahdu giler~~ :'(

video kat bawah ni plak peminat buat khas untuk die.. video
rest in peace Park Yong Ha

Jul 5, 2010

JUST THINKING..

4:51 PM 1 Comments
kadang2 aku terpikir cmne la perjalanan idup aku ni..ape aku akan jadi bile da tua nnti (skrng masih muda okei)..ape aku wat bile abis blajar nanti..aku keje ape..aku kawin ngn sape(huhui yg ni terover lak..hikhik)..mcam2 dlam pikiran aku..hidup kat tempat orng memng susah..selame ni aku tak penah duduk jauh ngn family.mkan,minum,pakai,duit,sume mak abah aku sediakan.cukup.lengkap sumenye. bile da hidup sendirian,terpisah dari family,baru rasa susahnye nk cari duit,nk jimat perbelanjaan,nk dpatkan kelengkapan diri yg cukup n everything la.. aku slalu nanges.bile ade masalah,tak dapat nk setelkn,aku nanges.nanges! nanges! nanges! tu je la yg aku selalu wt bile de problem dan juga aku selalu luahkan perasaan mrah,sedih,kecewa n everything pda somenone yg aku percaya.my bestfriend. die selalu bagi nasihat pada aku..aku bertuah dpat kenal die.dan die pn rase gembira dapat kenal aku.die penah ckap kat aku yg die tak nk tengok aku hanyut dengan dunia tak elok sebab die da tengok sndiri cmne dan da rase sume 2.cukup seksa..die nk tengok aku sempurna segalanya.. masa aku luahkan perasan tentang mcam2 problem aku katcini,aku ckap aku sunyi,keseorangan,tak ade teman yg betol2 amik berat sal aku kat sini.. die bagi nasihat yg ckup bermakna wat aku. die ckap,die pon same mcam aku.takde sape2 yg die kenal. tabahkan ati dan kuatkan diri kite kat tempat orang.. kalu kite tak buat hal kat tempat orng,orang suke kite..kawan pun ramai..sume orng akan sayang kite.. jage perangai kat tempat orng n xmo cedih2..hurm.. nasihat die ni la wat aku trus kuat tuk hadapi ujian2 akan dtang.tapi kalu aku de masalah,balik2 aku cari die gak..huhu thanks bro!

die juga pernah ckap biar kita menangis agar kita tahu dunia ni bukan untuk ketawa..tapi kadangkala ketawa buat kita hargai betapa bernilainya setitik air mata.

PERSAHABATAN YANG DISALAH ERTI

4:48 PM 2 Comments

can guys and girls be just friends? why not??

kebanyakan orng akan ckap yang perempuan ngn lelaki tak boleh jadi kawan baek.sebab yg paling fames kononnye masing2 akan saling jatuh cinta..hurm..yeke?? aku x pon. huhu aku sendiri ade kawan lelaki. Aku tak rase janggal.sebaliknye rase bertuah memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara berbanding kite sebagai perempuan.Ii'm felling lucky bebeh! ;p Bukanlah maksud aku kawan perempuan itu tidak ‘bertuah' jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik. banyak ilmu (ilmu dunia..haha) yang aku dpat dari golongan lelaki ni. sesungguhnya persahabtan antara aku dan sahabat karibku iklas dan aku hepy dengan hubungan kami setakat ini.walaupun wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara aku dan dia. tapi hakikatnye itu lah persahabatn kami. tak dapat dimaknakan dalam kata2.mungkin sebab itu orang sering kali slah anggap akan persahabatn kami dengan menyatakan bahawa kami couple.hello!! we just fren ok.tolong jangan salah tafsir lagi tentang keakraban dan kemesraan kami. yes! he's my boyfriend but NOT SPECIAL BOYFRIEND.i love him just like my real brother and he care about me like his own sister.so,stop say that we are gonna be a couple! (tapi kalu da jodoh nk wat cmne kan..huhu tpi arap2 la tidak..hehe) bagi aku hidup dengan teman baek lelaki lebih mudah dan seronok berbanding hidup dengan teman lelaki atau teman istimewa..kenape?? korang tanye aku kenape??sebab.. teman lelaki boleh membuatkan korang berasa cemburu tanpa alasan kukuh. tengok dia menjeling perempuan lain da cukup untuk menaikkan kemarahan korang kn..tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang same..korang tentunya akan memberikan sokongan penuh kn?? hurm.. persahabatn antara lelaki dan perempauan ada baek buruknya juga..baeknya kite dapat lebih bnyk pengetahuan dari sudut pemikiran jantina yg berlainan..buruknya pulak..kena tahan gosip dan ckap2 orng. ceh! da mcam artis lak..haha sebenarnye tak de pe yang perlu dihairankan pun di sini sebab memang lumrah lelaki dan perempuan diciptakan sangat berbeza.sebab itu mereka saling melengkapi.macam jigsaw puzzle.. dua jigsaw puzzle yang sama bentuk mane boleh saling melengkapi,betul tak?? hurm..

so..renung2 kan dan selamat beramal..hohoho


Jul 1, 2010

Park Yong-ha Pelakon Winter Sonata Bunuh Diri

10:26 AM 4 Comments
SEOUL: Pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan Park Yong-Ha, 33,
ditemui tidak bernyawa dan dilaporkan membunuh diri pagi tadi.

Tubuhnya ditemui di kediamannya di Nonhyung-dong, Seoul oleh ibunya sendiri.

Laporan Yonhap News hari ini melaporkan sebelum membunuh diri, pelakon Winter Sonata itu sempat mengirimkan SMS kepada ayahnya yang sedang bertarung dengan sakit kanser perut.

SMS yang dihantar itu berbunyi: "I'm Sorry. I'm Sorry". Namun begitu dia tidak meninggalkan sebarang surat perpisahan.

Menurut pihak polis Metropolitan Seoul, Park membunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan kabel charger telefon bimbit.

Bagaimanapun, motif tindakannya membunuh diri itu masih tidak diketahui lagi. Pihak polis masih lagi melakukan penyelidikan lebih lanjut tentang tragedi tersebut.

Park memulakan kerjaya seninya bermula pada tahun 1994. Namun, namanya mula melonjak di Korea dan Jepun setelah membintangi drama bersiri Winter Sonata pada 2002.

Selepas itu, Park turut membintangi tiga buah filem. Yang terakhir adalah The Scam yang telah ditayangkan pada 2009.

Tidak hanya setakat itu, Park juga popular sebagai penyanyi. Selain melancarkan beberapa album di Korea dan Jepun. Dia juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Japan Gold Disc Awards bagi kategori Artis Asian Terbaik, Lagu Sepanjang Tahun serta Anugerah Istimewa Japan-Korea Friendship Year 2005.

Winter Sonata mencetuskan fenomena terhadap kegilaan penonton terhadap drama bersiri dari negara itu.MUNGKINKAH DI SEBALIK SENYUMAN MANIS, HIDUPNYA SUNYI?

Ada juga sumber mengatakan aktor itu seorang yang rajin merawat bapanya dan dia juga mengambil pil tidur kerana menghidap insomnia.

Disebabkan kematian mengejut itu, banyak pihak telah menyuarakan rasa khuatir mereka terhadap kes bunuh diri di Korea Selatan.

Negara tersebut telah mencatatkan kadar kes bunuh diri yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebekalakangan ini.

Pada 2 Oktober 2008, artis terkenal Choi Jin-Sil juga ditemui telah menggantungkan diri di bilik mandi rumahnya. Sebelum itu, pada 8 September 2008, suaminya, Ahn Jae-hwan yang merupakan pelawak terkenal ditemui mati di dalam keretanya.

Tubuh Choi Jin-Sil telah ditemui oleh adik lelakinya, Choi Jin-yeong. Dia yang turut melibatkan diri sebagai aktor dan penyanyi kemudian telah mengambil keputusan untuk membunuh diri pula pada 29 Mac lalu.

Kematian Choi Jin-yeong itu dipercayai berpunca akibat daripada rasa tekanan dan depresi setelah kematian kakak tersayangnya.


Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/