Campaigns

Aug 26, 2010

10 SEBAB LELAKI MAHU BERGELAR SUAMI..??


Kita seringkali mendengar kenyataan bahawa lelaki tidak sukakan komitmen yang terlalu serius dalam sesuatu hubungan..

Apatah lagi jika hubungan yang terjalin masih terlalu baru dan usia mereka juga masih muda. Namun ada beberapa sebab mengapa tiba-tiba lelaki yang sebelum ini selesa bergelar solo mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Memang ramai kawan-kawan yang terkejut dengan keputusan yang diambilnya, tetapi dia seolah-olah nekad dan tidak mahu berundur ke belakang lagi. Ketahui 10 sebab mengapa golongan lelaki mengambil keputusan begitu.
1. Melengkapi hidup
Hidup tidak akan lengkap selagi tidak ada insan istimewa disisi. Jadi apabila sudah menemui seorang wanita yang dirasakan cukup serasi, lebih baik dia mengikatnya dengan tali perkahwinan. Bak kata orang, biarpun telah punya kerja dan harta yang melimpah ruah, namun jika tiada seorang isteri, kehidupan tetap akan terasa kurang serinya.
2. Ingin diurus
Ini satu lagi sebab mengapa lelaki mahu beristeri. Mereka mahu seseorang menguruskan mereka. Jika semasa kecil ibu yang banyak menghabiskan masa melayan karenah mereka, kini sudah tiba masanya mereka mencari seorang isteri yang mampu memenuhi keperluan mereka. Mereka akan berasa bahagia jika ada orang yang menyiapkan makan minum dan pakaian mereka setiap hari.
3. Bosan
Bagi golongan lelaki yang telah mempunyai segala-galanya> dalam hidup mereka, berkahwin merupakan cara terbaik untuk mereka menghilangkan kebosanan. Apabila sudah berkahwin, mereka akan mulakan kehidupan baru dan biasanya kehidupan berumahtangga lebih berwarna-warni jika dibandingkan dengan kehidupan bujang.
4. Amat mencintai
Alasan ini memang selalu digunakan oleh lelaki untuk berkahwin. Selalunya mereka yang menggunakan alasan sebegini memang sudah tidak boleh ditegah kerana kehidupan mereka hanya boleh diteruskan dengan insan yang dicintai di sisi. Lebih romantik dirasakan apabila si pasangan juga tidak mampu meneruskan hidup tanpa si lelaki bersama.
5. Sudah bersedia
Selalunya lelaki yang mahu berkahwin sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menempuh ke alam baru. Sebenarnya bukan mudah untuk lelaki mengambil keputusan mendirikan rumahtangga, tapi apabila dia sudah menyatakan hasratnya, itu bermakna dia memang telah benar-benar bersedia. Maklumlah zaman sekarang rasa cinta semata-mata tidak mampu menjanjikan kebahagiaan. Rasa cinta perlu dilengkapi juga dengan wang ringgit dan rumah yang selesa untuk didiami. Barulah keluarga bahagia dapat dibina.
6. Inginkan keturunan
Lelaki sangat sensitif apabila bercerita tentang keturunan. Jadi, satu-satunya cara untuk menunjukkan kejantanan mereka> adalah dengan berkahwin. Malah ada juga yang beranggapan, mereka bukan> lelaki sejati selagi tidak mempunyai anak.
7. Penat bercinta
Lelaki yang pernah mengalami putus cinta selalu menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk mereka berkahwin. Selain tidak mahu berasa kecewa sekali lagi, mereka juga berfikir bercinta hanya menghabiskan duit dan membuang masa. Jadi lebih baik berkahwin kerana selain dapat mengeratkan hubungan yang terjalin, masa dan wang ringgit juga dapat dijimatkan.
8. Desakan keluarga
Alasan sebegini selalunya diberikan oleh anak sulung lelaki. Walaupun mereka belum bersedia tetapi mereka terpaksa berkahwin atas desakan keluarga yang mahu melihat dia berumahtangga dan ada orang yang akan menguruskannya. Lebih parah jika kedua ibu bapa lelaki tersebut mempunyai penyakit kronik sehingga selalu keluar masuk ke hospital. Lelaki sebegini biasanya lebih mementingkan keluarga berbanding kemahuan dirinya sendiri. Walaupun ramai yang ragu-ragu dengan kebahagiaan yang bakal dikecapi dengan perkahwinan sebegini, tetapi jika lelaki tersebut berkahwin dengan wanita yang bijak mengambil hatinya, sudah pasti hubungan yang terjalin akan kekal selamanya.
9. 'Biological clock'
Lelaki juga mempunyai 'biological clock' mereka sendiri. Cuma masanya berbeza dengan wanita kerana fokus utama mereka biasanya pekerjaan dan mengumpul harta sebanyak mungkin terlebih dahulu. Walaupun lelaki tidak ada hambatan biologikal seperti wanita yang sukar mendapatkan anak jika berumur lebih 30 tahun, namun lelaki yang sudah berumur tetap risau jika tidak berkahwin sedangkan umur semakin meningkat. Untuk mengatasi rasa bimbang tersebut, lelaki akan mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
10. Tiba masanya
Kepada wanita, jangan risau jika teman lelaki anda tidak mahu memberikan komitmen buat masa ini. Ini kerana apabila sudah tiba masanya dia pasti akan mencari anda dan menyatakan hasratnya untuk hidup bersama anda. Oleh itu, jangan terlalu memaksa kerana itu hanya akan membuatkan dia semakin bosan dengan anda.
ni antara 10 sebab lelaki nk kahwin..perempuan pula cmne ye??mungkin ada faktor yg sama cm lelaki dn mungkin ada faktor tmbahan juga..pkir-pkirkanlah..
p/s"berpegang pada prinsip kalau dh jodoh x kemana,,,,,

Share:
Read More

Aug 25, 2010

JoM ReNuNgKaN BeRsaMa....

KENAPA AKU DIUJI?


Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)



KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN?


Firman Allah SWT: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)



KENAPA SANGAT BERAT UJIAN INI?


Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah: 286)



AKU RASA KECEWA!


Firman Allah SWT: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan)." (QS Al-Imran: 200)



Firman Allah SWT lagi: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)



APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?


Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (QS At-Taubah: 111)




KEPADA SIAPA AKU MENYANDARKAN HARAPAN?


Firman Allah SWT: "...Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung." (QS At-Taubah: 129)



AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI!!!!!


Firman Allah SWT: "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf: 12)



Semoga Allah SWT tetapkan keimanan dan kesabaran di dalam diri kita dalam menghadapi dugaan2 hidup sebelum nyawa terpisah dari jasad, amin.


Semoga kita semua mendapat manfaat drinya.. =)


Share:
Read More

Aug 23, 2010

Kebahagian Yang Aku Temui

Assalamualaikum..
kalimah suci menjadi pemulaan perbicaraan hatiku ini..
Hari ini aku temui sebuah kebahagiaan yang bagiku amat bermakna..
Aku tahu ianya amat sukar untuk aku gapai..Namun jika Dia izinkan untuk ku gapai,
akanku cuba menggapainya walupun ianya sukar untuk dimiliki..
kegembiraanku jelas terpancar tanpa aku ragui..namun kerana Takdir yang
telah Engkau tetapkan..aku pasrah..
aku akan sentiasa menerima setiap yang engkau berikan padaku...
doaku cuma satu..
andai ianya miliku..dekatkanlah aku dengannya..
namun jika dia bukan milikku..pisahkanlah aku dari kekecewaan..
Amin..
Share:
Read More

Aug 17, 2010

Besarnya Dugaan dan Cabaran


Ya Allah , besarnya dugaan dan cabaran yang kau berikan ini .
Aku cuba hadapinya dengan tenang . Aku percaya semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya . Ya , aku akan cuba menghadapinya . Kepada kau , terima kasih untuk segala-galanya Aku redha dengan semua ini . Ya , inilah titik noktah cerita kita . Terima kasih kerana melayan kerenah aku selama hari ini . Aku akur dengan semua ini . Aku kecewa dengan apa yang telah berlaku . Ya , salah aku . Maafkan aku ya . Ya Allah , aku tak cukup kuat untuk menghadapi semua ini .

Ya Allah, '
Hanya Engkau yg maha mengetahui.. dan Engkau juga tidak akan menduga hamba Mu
yg tidak mampu...Aku bersyukur kerana Engkau memilih aku utk d duga...
Semoga aku tabah n aku tau akn beroleh ganjaran utk dugaan ini..
Amin

Share:
Read More

Berakhirnya Kisah Cinta

Hai kepada sape2 je la yg baca blog ini.....

Post aku pada kali ni kisah sedih aku,nk tulis pn x de mood plak tapi aku kena luahkan ape yg terpendam dalam hati aku ni. Baru-baru ni aku baru je putus cinta/break/clash dgn my bf aku...now he my ex-bf ok. Aku dengan die cuma dapat bertahan selama beberapa tahun,mungkin aku tak de jodoh dengan die kot.Realiti kehidupan memang macam tu,ade suka duka yang kite akan lalui juga.Ape-ape pun aku kena terima ini semua walaupun hati memang sedih tak terkata.Tapi ape kan daya aku kena terima juga hakikat ni. Walau macam mana pun aku tak boleh sedih sampai bile-bile,aku kena kuatkan semangat aku untuk teruskan kehidupan yang akan datang. Buat masa ni aku nak tenangkan fikiran dulu,aku nk lupakan kisah aku dan die. Setakat ni je la post aku pada kali ni,insyaallah pas ni aku akan update selalu blog.BYE.


~CiNtA TeRaKhIr~

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya takdir dari Tuhan


Share:
Read More

Aug 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.

Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.

Share:
Read More

Aug 9, 2010

WHAT TO CALL THIS FEELING??

You ask me " can you leave me for a while?"
ok fine. i will leave u.
but you ask for forever!!
how can???!
it's hurt babe..

hurm..
i always thinking about u..
feel lonely and unwanted..
i'm crying like a crazy..
what to call this feeling??
what to call this feeling??
anyone??
i fell like suck!

if one thing i can do... i do it for u.. if nothing i cant do.. im still gonna do.. just 4 u..


i miss u.. T-T



Share:
Read More

Aug 8, 2010

Aug 4, 2010

DAMN!

woi!!
mood aku sekarang berapi2 la kt ko!!
aku benci ko la..!!
menyesal kenal ko la!!
menyesal gile kisah hidup aku ade ko!
menyirap tol!
sume salah silap ko ngan aku selame ni aku maafkan walaupun salah ko tu betol2 keterlaluan.
tapi bile skrg aku bru dpat tau ko citer sal aku, aku betol2 tak leh tahan la!
hey!!
ko memng lelaki yang jenis nak bangga diri!!
sumpah aku benci gile kat ko!!

Share:
Read More

AkU BENgaNG....

Emm hari ni aku agak bengang skit..tp pjg lak nk cite..
nanti2 la aku story mory k..xde masa nk taip pjg2..
coz nk kena uat prsediaan utk quiz ..byk benda x hbis bCA lgi..huhu.
aku x sure aku leh dpt best..mklumlah exam die susah..cuma aku usaha n tawakal je la..huhu..ditmbh plak ngan rasa bengang lgi..huhu..
nanti aku cite knp aku bengang..tp selepas 10 hribln ni la..sekarang ni agak buzy huhu..doakan aku ye..spya dpt jwb quiz ni..
Ya ALLAH...permudahkan segaLanya...
Harap seMua bErjaLan LaNcar la henDaknyer...AMinnn...

Share:
Read More

BiaRLaH.................

Emm Minggu ni agak sukar untuk aku tempuh..

Minggu ni lah bermulanya sesuatu yg baru dan pengalaman yg baru yg akan ditempuh oleh insan lain disana..manakala aku tetap disini..

Setelah menolak segalanya..beginilah aku..


Sebelum tiba harinya kawan aku ada sms aku..menginginkan aku disana..kerana dia gembira jika aku ada disana…kerana dia kurang selesa dgn rakan lain..

Namun…aku pasti..org sepertinya tidak sukar mencari kawan baru menggantikan aku.

Buktinya setelah kesana tiada khabar berita dh darinya..mungkin sibuk agaknya..berdepan dgn suasana baru, kawan baru, tugas baru, tempat baru..huhuhu..


Seronoknyaaaaa………

Ingin aku bertanya khabar pada mereka..

Tapi

Walaupun niat tu ada..namun hati tetap menghalang..

Kerana apa pun kata mereka..yg pastinya aku yg kecewa dan terkilan

Kerana tidak dapat bersama mereka menempuh lagi alam itu.

Mungkin juga salah aku kerana tidak berani berdepan dgn cabaran

Ataupun aku yg tidak berdaya…

Sebelum aku menyusahkan semua org..

Biarlah begini…huhuhu…


Seronoknya disana seandainya dpt berjumpa semula teman2 seangkatan..

Tapi ianya tidak tertakdir untukku buat kali ini…

Aku ingin lari dri memikirkan semua ini..

Namun dlm hati ini..aku ingin mengetahui cerita dan khabar dari sana..

Tapi adakah yg sudi berkongsi cerita dgn aku..

Apakah simpati yg menular dlm diri mereka menghalang mereka dr mengkhabarkan cerita dri sana..


Semuanya telah perfect..

Dri segala sudut dan segi…

Aku pasti gembira jika dapat mempelajarinya

Sejarah adalah minat aku..sudah aku genggamnya

Tpi terpaksa lepaskan..


Mungkin ada yg kata betapa bodoh dan ruginya aku..

Biarlah apa yg diorang nak cakap dan pikirkan

Aku malas memberi penjelasan lagi..


Ada juga rkan2 lain yg tidak tahu jalan cerita

Dan menganggap aku dh pun gembira disana..

Biarlah tidak perlu aku berkongsi cerita

Biarlah mereka tahu sendiri dari mulut org lain..


BiaRLah…………………………………………………….


Share:
Read More

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels