May 24, 2010

THE 1st SHOP COFFEE PRINCE

PELAKON : Yoon Eun Hye (Go Eun Chan)
Gong Yoo(Choi Han Kyul)
Lee Minggu Gyun(Choi Han Sung)
Chae Ahn Jung(Han Yoo Joo)
GENRE : Komedi, Romantik
Part yg pling best bile dua2 da fall in love tpi tak bleh nk luahkan hati masing2 disebabkan penyamaran yg dibuat oleh Eun Chan. Choi Han Kyul siap jumpe doktor psikitiari discuss pasal kekeliruan sexsuality die normal ke tak normal haha die da jadi separuh bengong memikirkan yg betol ke die ni gay! hahaha gile klakar! Citer ni byk menang award.Tapi ade 1 pelakon dalam citer ni da mati.tak ingt name tapi watak die pekerja kt Coffee Prince yg bodo2 alang dan minat pada adik Eun Chan.hurm..cian2.. trademark citer nih :of cos la coffee.. go go Eun Chan!FAV CHARACTER: semestinye Eun Choi yg slalu tiup2 rambut die ke atas..chumel!
FAV SCENE: mase dorang kissing2 n ehem2..haha part 2 memang agak panjang tapi romantik..macam best je..huhu ;p

FULL HOUSE

PELAKON : Rain Bi (Li Yeong Jae)
Song Hye Gyo (Han Ji Eun)
Kim Sung Soo (Liu Mingge)
Hang Eun Jung (Kang Hye Won)
GENRE : Komedi, Romantik
Citer ni femes sebab pelakon die yg memmg meletop2! dan juga lagu ost Full House yg memng sedap dilayan. Dalam citer nih dorng selalu makan kimchi dan bibimbap (nasi,sayur,daging dan telur dicampurkan sekali) kalu kat malaysia pangil nasi campur..huhu ala.2 nasi goreng la kot..
macam best je..hehe skrang da ade Full House 2 sambungan dari cerita nih. tapi tak ditayangkan lagi.same2 kite nantikan.. trademark citer nih : semestinye rumah yg bernama Full House.
Aja2 faithing!
FAV CHARACTER: ske Rain dalam citer ni.
FAV SCENE: suke part perempuan 2 nyanyi lagi 3 bear song depan keluarga mertua dia. lawak gile! dan juge mane2 part yg nyanyi lagu 3 bear song sume aku suke..hehe

MY GIRL

PELAKON: Lee Da Hae ( Joo Yoo Rin ),
Lee Dong Woon ( Gong Chan )
Lee Joon Ki ( Seo Jung Woong )
Park Si Yeon ( Kim Seo Hyun)
GENRE : Komedi, Romantik
Cerita ni memang klakar gile. Kalu part2 yg sedih memng gile punye sedih. tapi aku tak nanges ea..sebak je ckit2..hehe Da 7 kali aku ulang tayang citer nih.huhu setakat nih tak de lagi drama lain yang leh lawan citer nih. citer ni terbaek dowh! Lagi2 ringtone hp Yoo Rin same ngn ringtone hp aku..haha lagu2 sountrack dalam citer ni pon best2. tempat2 yang diorang berlakon memang chantek. aku teringin sangat nk g Pulau Jeju yg dorang selalu g dalam citer ni. n kalu leh nk g ladang limau yang Yoo Rin petiklimau 2..hoho trademark dalam citer nih : Hiasan bola salji yg Gong Chan bgi kat Yoo Rin dan juga bintang! Bahsya!! ;p
FAV CHARACTER:of cos la heroin die
FAV SCENE: suke sume part yang ade Yoo Rin.. haha
DOWNLOAD OST MYGIRL
WATCH DRAMA MY GIRL ONLINE
MY GIRL OFFICIAL SITE

May 21, 2010

BEETHOVEN VIRUS

Ok.Kali ni aku nak berkongsi sebuah lagi drama korea ,yang pada jangkaan aku menarik jugalah. Aku penah membaca satu artikel mengenai seorang pengarah drama.Tapi aku tak ingatlah pengarah tue. Dalam artikel tersebut , beliau mengatakan sebuah drama atau filem yang berjaya adalah apabila para pelakon dapat menghayati watak masing-masing.
Tidak kira watak utama atau watak sampingan. Seperti dalam drama BEETHOVEN VIRUS ni, barisan pelakon dalam cerita ini menghayati watak dan peranan mereka masing-masing.

Drama ni mengisahkan sebuah kumpulan pemain muzik. Walaupun mereka ni (pelakon) bukanlah pemain muzik yg sebenar. Tetapi cara mereka mengendalikan alatan muzik itu sendiri, seolah-olah mereka memang adalah seorang yang berprofessional. Bagi aku, drama ini berjaya menarik minat aku untuk menontonya. Kalau kita nak buat cerita pasal muzik, buat pasal muzik betul-betul, kalau nak buat mengenai seorang tukang masak, jadikan cerita itu berkisar mengenai memasak, kalau pasal polis, cerita la pasal polis dan sebagainya. baru la penonton seronok nak tengok. Dalam pada masa yang sama diselit jugak unsur2 pengajaran. Banyak pula aku berceloteh. Tapi apa yang ingin aku sampaikan adalah pendapat aku sendiri. Masing-masing ada pendapatnya tesendiri. So, apa-apa jua drama dan filem perlu ada daya tarikan tersendiri, supaya apa yang kita lihat memberi kesan dan ingat sepanjang masa.
Dibawah ni aku bagi serba sedikit sinopsis BEETHOVEN VIRUS
Source: DramaWiki

Kang Gun Woo is a world renowned orchestra maestro who is a perfectionist in his work. He is not an easy person to work with and is fear by all his players. By chance, he comes across Du Ru Mi, a violinist, and a young cop who has the same name as his and discovers that even without formal training, the young Kang is a music genius. The three soon get tangled in a love triangle.

Drama ini dibarisi oleh para pelakon seperti KIM MYUNG MIN, LEE JIN AH, JANG GEUN SUK dan ramai lagi .

OST BEETHOVEN VIRUS
NAESARAM by HWANHEE
Credit to JKseels
sapa2 yang minat dengan JANG GEUN SUK.....bolelah tgk dia main trumpet...hihihhi...cute...
memang menjadi la watak2 dalam cerita ni.Ada jugak sebuah lagu yg dinyanyikan oleh JANG GEUN SUK "Can you hear me"

Kalau nak tau lebih lanjut lagi..lawat la kat link ni----> hurulaini.net

May 3, 2010

My Best Friend's Wedding

Pada tanggal 01hb Mei 2010 selamatlah kawan baikku menjadi isteri orang. Majlis diadakan di Dungun Terengganu.Perjalanan aku from KL mengambil masa kira-kira 6 hour. Penat jangan cakap la, nasib baik ada Ady,Nyah & K.Ina nak follow, tak ada la boring sangat drive. Azian telah diijab kabulkan bersama pasangannya Rahmat. Best friend aku akad nikah pada jam 10pagi so aku tak sempatlah datang majlis akad nikah. Aku sampai selepas majlis akad nikah.
Hantaran Azian to Rahmat

Hantaran Rahmat to Azian (wow ada blackberry lagi ek)


Sesungguhnya hati rasa sebak, melihat kawan baikku Azian bergandingan dengan jejaka bernama Rahmat ini.Yelah, jodoh pertemuan sememangnya di tangan Allah SWT, aku pun tak pernah tanya Azian dgn siapa dia berkawan, bila nak kahwin dsb. Nah, sekarang, alhamdulillah, Azian dah join the club! (isteri-isteri org, hehehe) Tahniah babe. I'm so happy for you!

Berseri-seri pengantin, sama padan, sama cantik

Babe, aku suka la make up ko, natural je


Rahmat memang payah nak ajak bergambar, bz je

Candid camera

Selesai la sudah majlis Azian,aku mendoakan semoga perkahwinan Azian berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam perkahwinan nie. Perkahwinan nie tak sama masa bercinta, ada perbezaannya. So kena banyak bersabar dan sebelum buat keputusan itu, kena fikir memasak yek. Kena ada kerjasama, saling percaya antara satu sama lain, kena banyak berkomunikasi antara satu sama lain dan yang penting kena jujur antara satu sama lain.

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Popular Posts