Campaigns

Dec 3, 2009

# advice # counsel

Bersyukur nikmat yang Allah berikan

Kehidupan yang aku lalui dahulu, sekarang dan akan datang, semuanya adalah kenikmatan dari Allah. Segala apa yang aku alami, kesedihan, kegembiraan, kesakitan, kejayaan semuanya bukan tertakluk pada usaha aku semata-mata. Semuanya kerana nikmat Allah memberi dengan kasih sayang. Acapkali kita terlupa. Sangka kita, semuanya datang berkat usaha kita yang tidak putus-putus. Ya, hukum alam membenarkan itu terjadi. Tetapi hakikatnya semua itu tetap berpunca dari Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Sebagai hamba, perkara yang perlu aku dan kita semua lakukanlah adalah bersyukur.

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَـٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِ‌ۚ وَمَن يَشۡڪُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ۬
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
(Surah al-Luqman: 12)

Jangan lupa untuk bersyukur. Jangan hanya pada lisan sahaja, kawan-kawan. Tidak cukup tu. Bukan bersyukur namanya jika di lidah menitipkan lafaz hamdalah, namun dari gerak tubuh tidak menzahirkan langsung rasa kesyukuran. Aku selalu mengingatkan diri aku. Nak bersyukur perlu syukur betul-betul. Bukan hanya dilidah tapi kena memaknakan kalimah kesyukuran itu dalam perilaku kita. Nikmat telinga, kita gunakan dengan cara mendengar kata-kata hikmah yang mengajak kepada kebaikan, bukan dengar orang mengata mengeji; nikmat mata, kita gunakan untuk lihat kejadian-kejadian ciptaan Allah, bukan menonton benda bukan-bukan; nikmat mulut, kita gunakan untuk mengajak orang kepada kebaikan, bukan meraikan orang mengumpat. Sama juga dengan nikmat-nikmat yang lain. Allah beri nikmat, kita bersyukur dengan menggunakan kenikmatan itu ke jalan yang diredhaiNya, jalan yang dapat mendekatkan diri kita kepadaNya, jalan yang membuat kita sentiasa berfikir tentangNya. Barulah kena dengan gaya orang bersyukur.

"Ilmu untuk diberi dan dikongsi bukan untuk diterima lalu disimpan sepi"

Aku tidak mahu sibuk mencari kesalahan orang lain sehingga lupa memperbetulkan diri yang sedia ada salah.

Aku tidak mahu hanya melakukan pengislahan diri, sehingga terlupa menarik sama orang di sekeliling dari terjunam ke genggaman zabaniah.

Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.
(Saidina Ali bin Abi Thalib)

“Seseorang yang mempunyai kerabat semasa di dunia, tetapi di akhirat apabila mereka bertemu kerabatnya mereka berkata: Sesungguhnya engkau bukan kaum kerabatku, jika engkau kaum kerabatku mengapa semasa aku melakukan maksiat di dunia dahlu engkau hanya berdiam diri, sikit pun engkau tidak mencegah aku daripada melakukan maksiat itu.”

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
(Saidina Ali bin Abi Talib)

Aku tidak boleh pentingkan diri. Ilmu yang ada tidak guna sekiranya hanya diguna pakai seorang diri. Ilmu yang ada untuk dikongsi, disebar-sebarkan supaya yang mendengar mendapat manfaat dan yang bercakap juga turut termanfaat sama. Telinga yang bercakap lagi dekat dari telinga yang mendengar. Sekurang-kurangnya, dengan bercakap aku dapat mengingatkan diri aku apa yang aku lupa.
Ramai orang berlumba-lumba mahu memberi. Aku pun nak juga. Apa yang aku ada aku nak beri kepada sesiapa sahaja yang aku mampu. Aku mahu memberi sebanyak-banyaknya sebelum Allah tarik nikmat nafas itu daripada aku. Terlalu banyak hak manusia yang perlu aku tunaikan, begitu juga orang lain terhadap aku. Kembalikan hak aku. Tunaikan. Tegur aku jika aku salah, capai tangan aku jika aku terjatuh, tarik aku jika aku naik tinggi melangit, ingatkan aku andai aku lupa untuk memberi sebanyak-banyaknya.

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji"

3 comments:

  1. salam
    hai anum betul tue, saya setuju ngan pendapat dan pandangan anum.
    bab ilmu tue memang kita x leh nak kedekut sebab kite mesti share pengetahuan yang kita dapat

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..bawu td ku dengar kuliah..ilmu yang bermanfaat wajib kita sampaikan..anum ada kesedaran yang tinggi..teruskan perbaiki diri dan perbaiki insan di sekeliling anum..semoga kita semua diberi kesedaran sebelum terlambat..

    ReplyDelete

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Don't Judge A Book By Its Cover

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

✿YANG RAJIN KOMEN✿

♥ Peminat Anum♥

Labels

Follow Us @ anumkhairil.blogspot.my/