Campaigns

Nov 17, 2009

KESEDIHAN TELAH BERLALU

Setiap hari ada saja peristiwa yang berlaku kepada kita kan? Tidak kira lah samada peristiwa itu suatu yang manis atau pahit. Dalam kehidupan setiap insan, memang tidak lari dari menghadapi pahit maung dan kegagalan. Apabila berlaku suatu perkara yang dukacita maka kita akan bersedih, sebagai manusia kita ada hak untuk bersedih. Bersedih sekejap itu adat manusia tetapi
Jika bersedih sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun itu sudah menjadi suatu kemurungan yang berpanjangan. Yang membezakan manusia itu seorang yang kuat atau lemah ialah bagaimana seseorang menghadapi kesedihan atau kemurungan. Manusia yang kuat akan segera bangun dari kekecewaan dan bangkit unuk mengharungi hidup ini.

Untuk bangun semula kita perlu tanamkan perkara-perkara positif dalam diri contohnya "Saya seorang yang kuat semangat!" atau "Mesti ada hikmah di sebalik perkara ini"

Mahu atau tidak untuk terus bangkit kita perlu mencari yang positif dalam diri, setiap yang berlaku itu telah berlalu, masakan dapat diputarkan masa. Pemikiran yang positif adalah tunjang kepada kejayaan hidup.

Belajar kadang-kadang gagal
Bercinta kadang-kadang kecewa
Mencari kerja, banyak cabarannya
Kerjaya kadang-kadang ada yang tak tercapai
Berniaga ada turun naiknya
Berkeluarga kadang-kadang ada masa tegangnya


Setiap kejayaan yang mendatang, pasti ada cabaran yang terselit dan perlu dilihat dengan PEMIKIRAN POSITIF

Share:

0 comments:

Post a Comment

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum