Campaigns

Nov 17, 2009

INILAH DUNIA

Hari ini aku menerima khabar yang membuatkan aku keliru apa yang patut aku rasa. Pelik pun ada kerana tidak disangka saat aku sudah tidak lagi menyimpan dendam atau sakit hati pada insan yang pernah tidak sehaluan dengan aku dalam kerjaya, ‘dia’ masih lagi menyusun agenda di belakang aku untuk mengenakan aku. Mujurlah masih ada insan-insan yang berhati mulia yang tidak sampai hati melihat aku diperlakukan sedemikian rupa memberitahu agar aku berhati-hati dan bersedia dengan ‘serangan’ yang bakal dialami.Aku cuba melupakan kisah hitam yang pernah menyelubungi kami dengan azam untuk memulakan fasa baru tapi nampaknya hanya aku yang berfikiran begitu tetapi ‘dia’ ternyata masih menyimpan dendam pada aku. Serta-merta hasrat aku untuk berdamai dan berbaik-baik dengan ‘dia’ terpaksa aku lupakan. Nampaknya menjauhi ‘dia’ adalah lebih baik kerana ternyata berbaik-baik dengan ‘dia’ akan lebih memburukkan keadaan dan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

Kekuatan aku adalah kerana yakin pada janji Allah bahawa yang hak akan tetap menang. Aku menganggap kehadiran ‘dia’ adalah sebagai salah satu bentuk-bentuk ujian untuk menguji ketahanan aku dalam mengharungi dunia pekerjaan ini.Aku percaya watak-watak ini akan ada di mana-mana jua aku bertugas. Yang penting, aku kuat menghadapinya dan tidak mudah tewas dengan cabaran-cabaran yang datang.Aku juga yakin akan sentiasa ada insan-insan berhati mulia yang sanggup membantu dan menyelamatkan aku jika kita yakin berada di jalan yang benar. Kata orang, no pain no gain.

Kadang-kadang aku hairan dan pelik dengan orang-orang yang tidak boleh melihat orang lain jauh lebih berjaya, lebih baik, mendapat lebih penghargaan daripada mereka. Mengapakah rasa iri hati dan hasad itu tidak diterjemahkan kepada kesungguhan untuk bersaing dengan cara yang positif? Bukankah itu lebih baik? Bukankah itu akan membawa kebaikan kepada semua pihak?

Apapun, aku optimis dalam meneruskan kerjaya ini meskipun aku cukup yakin ranjaunya juga akan semakin mengganas. Yakin, Allah bersama orang-orang yang benar dan sabar.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih

Socialize

♥Google+ Followers ♥

Happy Moment

Happy Moment
Love u More than u love me

Qudut & Anum

Qudut & Anum

Labels