Nov 24, 2009

Suprise Party For My B'day


Azian, Nizam, Roslan & A.man


Thanks to all.


A.man, Azrul, Ashraf


(Baju Kuning org yg bertanggungjawab beli kek, thanks)

Nizam, Roslan, A,man, Azrul, Haliza,

Lina, Syikin

Marina & Me (smile)


Hapy B'day To Me & Cik Diana



Terima kasih yg tak terhingga kepada officemate aku yg organise simple surprise party utk aku.Terharu gak rasanye.Walaupun suprise ini bukan pada date my b'day tapi sekurang-kurangnya ko org ingat, hehehe.Kadang-kadang kat dunia nie,tak ramai yg ingat birthday kawan-kawan kita.Kebetulan my b'day same date with my Bos Cik Diana, So Just Wish Hapy B'day Cik Diana, walaupun Cik Diana dah jauh dari kami semua (dah jadi TC Paris), ingatan kami pada Cik Diana tetap ada.Bagi aku,menyambut hari lahir hanyalah pertukaran nombor merujuk kepada angka usia.tapi,sekiranya anda mempunyai agenda..dont wait until change the age but do the changes immediately,takut tak sempat.Well,we cant predict our life,when we should go & face The Creator.


Recently,i had a really bad depression.Too much to think about some issue.I just wanna be a simple human,burden my mind with some unforseen matter its really hurts to digest,and of coz to accept all the circumstances.I like,i like the sweet me who always take a matter with light pressure & settle every problem with a joyful yet meaningful.Life is about choices.Either u learn,unlearn & relearn.Ya Allah,give me back all the happiness that i had before.Promise me with free preassure & sadness matters.really need it.


Im applying Aidiladha leave on 30/Nov,means i will back to kampung for 4 days. I also,planning going for Holiday, lepak-lepak dgn My mom.Need to realease a heavy rocks in my head.Bestnyer kalau dapat dekat ngan my mum time hati tgh tak best nie.


Anyway Happy Birthday To Me & Cik D on 16/Nov/2009


May myself happy forever,insyaAllah

Nov 17, 2009

INILAH DUNIA

Hari ini aku menerima khabar yang membuatkan aku keliru apa yang patut aku rasa. Pelik pun ada kerana tidak disangka saat aku sudah tidak lagi menyimpan dendam atau sakit hati pada insan yang pernah tidak sehaluan dengan aku dalam kerjaya, ‘dia’ masih lagi menyusun agenda di belakang aku untuk mengenakan aku. Mujurlah masih ada insan-insan yang berhati mulia yang tidak sampai hati melihat aku diperlakukan sedemikian rupa memberitahu agar aku berhati-hati dan bersedia dengan ‘serangan’ yang bakal dialami.Aku cuba melupakan kisah hitam yang pernah menyelubungi kami dengan azam untuk memulakan fasa baru tapi nampaknya hanya aku yang berfikiran begitu tetapi ‘dia’ ternyata masih menyimpan dendam pada aku. Serta-merta hasrat aku untuk berdamai dan berbaik-baik dengan ‘dia’ terpaksa aku lupakan. Nampaknya menjauhi ‘dia’ adalah lebih baik kerana ternyata berbaik-baik dengan ‘dia’ akan lebih memburukkan keadaan dan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

Kekuatan aku adalah kerana yakin pada janji Allah bahawa yang hak akan tetap menang. Aku menganggap kehadiran ‘dia’ adalah sebagai salah satu bentuk-bentuk ujian untuk menguji ketahanan aku dalam mengharungi dunia pekerjaan ini.Aku percaya watak-watak ini akan ada di mana-mana jua aku bertugas. Yang penting, aku kuat menghadapinya dan tidak mudah tewas dengan cabaran-cabaran yang datang.Aku juga yakin akan sentiasa ada insan-insan berhati mulia yang sanggup membantu dan menyelamatkan aku jika kita yakin berada di jalan yang benar. Kata orang, no pain no gain.

Kadang-kadang aku hairan dan pelik dengan orang-orang yang tidak boleh melihat orang lain jauh lebih berjaya, lebih baik, mendapat lebih penghargaan daripada mereka. Mengapakah rasa iri hati dan hasad itu tidak diterjemahkan kepada kesungguhan untuk bersaing dengan cara yang positif? Bukankah itu lebih baik? Bukankah itu akan membawa kebaikan kepada semua pihak?

Apapun, aku optimis dalam meneruskan kerjaya ini meskipun aku cukup yakin ranjaunya juga akan semakin mengganas. Yakin, Allah bersama orang-orang yang benar dan sabar.

KESEDIHAN TELAH BERLALU

Setiap hari ada saja peristiwa yang berlaku kepada kita kan? Tidak kira lah samada peristiwa itu suatu yang manis atau pahit. Dalam kehidupan setiap insan, memang tidak lari dari menghadapi pahit maung dan kegagalan. Apabila berlaku suatu perkara yang dukacita maka kita akan bersedih, sebagai manusia kita ada hak untuk bersedih. Bersedih sekejap itu adat manusia tetapi
Jika bersedih sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun itu sudah menjadi suatu kemurungan yang berpanjangan. Yang membezakan manusia itu seorang yang kuat atau lemah ialah bagaimana seseorang menghadapi kesedihan atau kemurungan. Manusia yang kuat akan segera bangun dari kekecewaan dan bangkit unuk mengharungi hidup ini.

Untuk bangun semula kita perlu tanamkan perkara-perkara positif dalam diri contohnya "Saya seorang yang kuat semangat!" atau "Mesti ada hikmah di sebalik perkara ini"

Mahu atau tidak untuk terus bangkit kita perlu mencari yang positif dalam diri, setiap yang berlaku itu telah berlalu, masakan dapat diputarkan masa. Pemikiran yang positif adalah tunjang kepada kejayaan hidup.

Belajar kadang-kadang gagal
Bercinta kadang-kadang kecewa
Mencari kerja, banyak cabarannya
Kerjaya kadang-kadang ada yang tak tercapai
Berniaga ada turun naiknya
Berkeluarga kadang-kadang ada masa tegangnya


Setiap kejayaan yang mendatang, pasti ada cabaran yang terselit dan perlu dilihat dengan PEMIKIRAN POSITIF

♥Google+ Followers ♥

Flickr Gallery

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Find us on facebook

Popular Posts

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Qudut & Anum

Qudut & Anum