Dec 28, 2009

Never forget me

I wonder if you know
that every night before i go to sleep
I pray 2 times
One prayer for me
And the other one for you

I wonder If u know
That I ask God To keep you safe
I ask him, to bless you with happiness
And keep Sorrow From ur way

I wonder if you know
That having you is like
having my own collection of stars
Always shinning in my way
For you, I’ll fight a thousand wars

I wonder if you know
That when ur sad
I get sad to
Because ur happiness is my own
And I hate to see you down

And I'll continue to wonder
If I do enough, To let you know
How much I care

And I wonder if you know
That u can always count on me
I am right next to you
And I forever will be
I wonder if you know
That you People mean this World to me
And If it wasn’t for you,
I wouldn't not be here

I wonder if you know
That I'll risk my life
to safe ur own

I wonder if you know
That ur the best thing that ever happen to me
Trough this bumpy ride
Called L.I.F.E

And I wonder if you know
That I Wrote this From the heart
Because today we are all together
But tomorrow we might fall apart

I Wonder if you know
That I had to let you know
That I mean every single word

Because I Wonder if you know
That Tomorrow, One of us could Leave
Without saying Goodbye
And I'll never Know When I'll see You all again
For that means, I will always Leave you, With Loving words

Dec 3, 2009

Bersyukur nikmat yang Allah berikan

Kehidupan yang aku lalui dahulu, sekarang dan akan datang, semuanya adalah kenikmatan dari Allah. Segala apa yang aku alami, kesedihan, kegembiraan, kesakitan, kejayaan semuanya bukan tertakluk pada usaha aku semata-mata. Semuanya kerana nikmat Allah memberi dengan kasih sayang. Acapkali kita terlupa. Sangka kita, semuanya datang berkat usaha kita yang tidak putus-putus. Ya, hukum alam membenarkan itu terjadi. Tetapi hakikatnya semua itu tetap berpunca dari Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Sebagai hamba, perkara yang perlu aku dan kita semua lakukanlah adalah bersyukur.

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَـٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِ‌ۚ وَمَن يَشۡڪُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ۬
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
(Surah al-Luqman: 12)

Jangan lupa untuk bersyukur. Jangan hanya pada lisan sahaja, kawan-kawan. Tidak cukup tu. Bukan bersyukur namanya jika di lidah menitipkan lafaz hamdalah, namun dari gerak tubuh tidak menzahirkan langsung rasa kesyukuran. Aku selalu mengingatkan diri aku. Nak bersyukur perlu syukur betul-betul. Bukan hanya dilidah tapi kena memaknakan kalimah kesyukuran itu dalam perilaku kita. Nikmat telinga, kita gunakan dengan cara mendengar kata-kata hikmah yang mengajak kepada kebaikan, bukan dengar orang mengata mengeji; nikmat mata, kita gunakan untuk lihat kejadian-kejadian ciptaan Allah, bukan menonton benda bukan-bukan; nikmat mulut, kita gunakan untuk mengajak orang kepada kebaikan, bukan meraikan orang mengumpat. Sama juga dengan nikmat-nikmat yang lain. Allah beri nikmat, kita bersyukur dengan menggunakan kenikmatan itu ke jalan yang diredhaiNya, jalan yang dapat mendekatkan diri kita kepadaNya, jalan yang membuat kita sentiasa berfikir tentangNya. Barulah kena dengan gaya orang bersyukur.

"Ilmu untuk diberi dan dikongsi bukan untuk diterima lalu disimpan sepi"

Aku tidak mahu sibuk mencari kesalahan orang lain sehingga lupa memperbetulkan diri yang sedia ada salah.

Aku tidak mahu hanya melakukan pengislahan diri, sehingga terlupa menarik sama orang di sekeliling dari terjunam ke genggaman zabaniah.

Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.
(Saidina Ali bin Abi Thalib)

“Seseorang yang mempunyai kerabat semasa di dunia, tetapi di akhirat apabila mereka bertemu kerabatnya mereka berkata: Sesungguhnya engkau bukan kaum kerabatku, jika engkau kaum kerabatku mengapa semasa aku melakukan maksiat di dunia dahlu engkau hanya berdiam diri, sikit pun engkau tidak mencegah aku daripada melakukan maksiat itu.”

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
(Saidina Ali bin Abi Talib)

Aku tidak boleh pentingkan diri. Ilmu yang ada tidak guna sekiranya hanya diguna pakai seorang diri. Ilmu yang ada untuk dikongsi, disebar-sebarkan supaya yang mendengar mendapat manfaat dan yang bercakap juga turut termanfaat sama. Telinga yang bercakap lagi dekat dari telinga yang mendengar. Sekurang-kurangnya, dengan bercakap aku dapat mengingatkan diri aku apa yang aku lupa.
Ramai orang berlumba-lumba mahu memberi. Aku pun nak juga. Apa yang aku ada aku nak beri kepada sesiapa sahaja yang aku mampu. Aku mahu memberi sebanyak-banyaknya sebelum Allah tarik nikmat nafas itu daripada aku. Terlalu banyak hak manusia yang perlu aku tunaikan, begitu juga orang lain terhadap aku. Kembalikan hak aku. Tunaikan. Tegur aku jika aku salah, capai tangan aku jika aku terjatuh, tarik aku jika aku naik tinggi melangit, ingatkan aku andai aku lupa untuk memberi sebanyak-banyaknya.

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji"

KAWAN vs KEKASIH

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH…
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH…
ANDA tergolong dari yang mana…???

Hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap
kehidupan dan mengisi kekosongan hati …
Hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati …
berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ….
Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.
Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak boleh disisih…
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan…
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian
Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu…?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman..
tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita
JIKA KAWAN itu KEKASIH…dan KEKASIH itu KAWAN…
perlu lah dihadiahkan “Sedalam lautan Setinggi kayangan” kerana “Kasih sayang tiada sempadan” tapi sayang…
KEKASIH tetap KEKASIH…
KAWAN tetap KAWAN…
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

Nov 24, 2009

Suprise Party For My B'day


Azian, Nizam, Roslan & A.man


Thanks to all.


A.man, Azrul, Ashraf


(Baju Kuning org yg bertanggungjawab beli kek, thanks)

Nizam, Roslan, A,man, Azrul, Haliza,

Lina, Syikin

Marina & Me (smile)


Hapy B'day To Me & Cik Diana



Terima kasih yg tak terhingga kepada officemate aku yg organise simple surprise party utk aku.Terharu gak rasanye.Walaupun suprise ini bukan pada date my b'day tapi sekurang-kurangnya ko org ingat, hehehe.Kadang-kadang kat dunia nie,tak ramai yg ingat birthday kawan-kawan kita.Kebetulan my b'day same date with my Bos Cik Diana, So Just Wish Hapy B'day Cik Diana, walaupun Cik Diana dah jauh dari kami semua (dah jadi TC Paris), ingatan kami pada Cik Diana tetap ada.Bagi aku,menyambut hari lahir hanyalah pertukaran nombor merujuk kepada angka usia.tapi,sekiranya anda mempunyai agenda..dont wait until change the age but do the changes immediately,takut tak sempat.Well,we cant predict our life,when we should go & face The Creator.


Recently,i had a really bad depression.Too much to think about some issue.I just wanna be a simple human,burden my mind with some unforseen matter its really hurts to digest,and of coz to accept all the circumstances.I like,i like the sweet me who always take a matter with light pressure & settle every problem with a joyful yet meaningful.Life is about choices.Either u learn,unlearn & relearn.Ya Allah,give me back all the happiness that i had before.Promise me with free preassure & sadness matters.really need it.


Im applying Aidiladha leave on 30/Nov,means i will back to kampung for 4 days. I also,planning going for Holiday, lepak-lepak dgn My mom.Need to realease a heavy rocks in my head.Bestnyer kalau dapat dekat ngan my mum time hati tgh tak best nie.


Anyway Happy Birthday To Me & Cik D on 16/Nov/2009


May myself happy forever,insyaAllah

Nov 17, 2009

INILAH DUNIA

Hari ini aku menerima khabar yang membuatkan aku keliru apa yang patut aku rasa. Pelik pun ada kerana tidak disangka saat aku sudah tidak lagi menyimpan dendam atau sakit hati pada insan yang pernah tidak sehaluan dengan aku dalam kerjaya, ‘dia’ masih lagi menyusun agenda di belakang aku untuk mengenakan aku. Mujurlah masih ada insan-insan yang berhati mulia yang tidak sampai hati melihat aku diperlakukan sedemikian rupa memberitahu agar aku berhati-hati dan bersedia dengan ‘serangan’ yang bakal dialami.Aku cuba melupakan kisah hitam yang pernah menyelubungi kami dengan azam untuk memulakan fasa baru tapi nampaknya hanya aku yang berfikiran begitu tetapi ‘dia’ ternyata masih menyimpan dendam pada aku. Serta-merta hasrat aku untuk berdamai dan berbaik-baik dengan ‘dia’ terpaksa aku lupakan. Nampaknya menjauhi ‘dia’ adalah lebih baik kerana ternyata berbaik-baik dengan ‘dia’ akan lebih memburukkan keadaan dan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

Kekuatan aku adalah kerana yakin pada janji Allah bahawa yang hak akan tetap menang. Aku menganggap kehadiran ‘dia’ adalah sebagai salah satu bentuk-bentuk ujian untuk menguji ketahanan aku dalam mengharungi dunia pekerjaan ini.Aku percaya watak-watak ini akan ada di mana-mana jua aku bertugas. Yang penting, aku kuat menghadapinya dan tidak mudah tewas dengan cabaran-cabaran yang datang.Aku juga yakin akan sentiasa ada insan-insan berhati mulia yang sanggup membantu dan menyelamatkan aku jika kita yakin berada di jalan yang benar. Kata orang, no pain no gain.

Kadang-kadang aku hairan dan pelik dengan orang-orang yang tidak boleh melihat orang lain jauh lebih berjaya, lebih baik, mendapat lebih penghargaan daripada mereka. Mengapakah rasa iri hati dan hasad itu tidak diterjemahkan kepada kesungguhan untuk bersaing dengan cara yang positif? Bukankah itu lebih baik? Bukankah itu akan membawa kebaikan kepada semua pihak?

Apapun, aku optimis dalam meneruskan kerjaya ini meskipun aku cukup yakin ranjaunya juga akan semakin mengganas. Yakin, Allah bersama orang-orang yang benar dan sabar.

KESEDIHAN TELAH BERLALU

Setiap hari ada saja peristiwa yang berlaku kepada kita kan? Tidak kira lah samada peristiwa itu suatu yang manis atau pahit. Dalam kehidupan setiap insan, memang tidak lari dari menghadapi pahit maung dan kegagalan. Apabila berlaku suatu perkara yang dukacita maka kita akan bersedih, sebagai manusia kita ada hak untuk bersedih. Bersedih sekejap itu adat manusia tetapi
Jika bersedih sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun itu sudah menjadi suatu kemurungan yang berpanjangan. Yang membezakan manusia itu seorang yang kuat atau lemah ialah bagaimana seseorang menghadapi kesedihan atau kemurungan. Manusia yang kuat akan segera bangun dari kekecewaan dan bangkit unuk mengharungi hidup ini.

Untuk bangun semula kita perlu tanamkan perkara-perkara positif dalam diri contohnya "Saya seorang yang kuat semangat!" atau "Mesti ada hikmah di sebalik perkara ini"

Mahu atau tidak untuk terus bangkit kita perlu mencari yang positif dalam diri, setiap yang berlaku itu telah berlalu, masakan dapat diputarkan masa. Pemikiran yang positif adalah tunjang kepada kejayaan hidup.

Belajar kadang-kadang gagal
Bercinta kadang-kadang kecewa
Mencari kerja, banyak cabarannya
Kerjaya kadang-kadang ada yang tak tercapai
Berniaga ada turun naiknya
Berkeluarga kadang-kadang ada masa tegangnya


Setiap kejayaan yang mendatang, pasti ada cabaran yang terselit dan perlu dilihat dengan PEMIKIRAN POSITIF

Oct 21, 2009

TERUSKANLAH

akU puNya ceRita..Aku Punya Persepsi kU seNdiri UntuK seTiaP perkara...aku sUka MenUlis DisiNi...UnTUk KepUasan Ku sendIri...kiRanya AKu TAk MampU unTUk menYuarakaNNya...Aku AKan MenYuarakanNYa Di siNI...peNulisAn Ku BUkaN uNtuK memeRli SesIapa Mahu PUn MenGUtuk..Ia hanYa LuAhAn HaTi KeCilKu.

Semalam setelah 3 minggu aku tak balas sms dari dia, akhirnya aku menjawab juga sms dia,walaupun terasa pedih di hati untuk terus membalas sms dari dia,aku betul-betul rasa pedih dan terluka akan perbuatannya terhadap diriku.Aku tak tahu apa yg ada didalam fikirannya lagi.Aku lost dengan apa yg ada dalam hatinya lagi,Dan jujur aku katakan aku tak mengenalinya lagi,jauh sekali tak mengenalinya. Apapun ini catatanku di pagi hari, luahan isi hati ku dengan lirik lagu yg begitu mendayu-dayu serta membuat aku terkedu dan diam seketika tiap kali lagu ini berkumandang.


Teruskanlah by Agnes Monica

Pernahkah kau bicara tapi tak didengar
Tak dianggap sama sekali
Pernahkah kau tak salah tapi disalahkan
Tak diberi kesempatan

Kuhidup dengan siapa ku tak tahu kau siapa
Kau kekasih ku tapi orang lain bagiku
Kau dengan dirimu saja kau dengan duniamu saja

Teruskanlah teruskanlah kau begitu
Kau tak butuh diriku aku patung bagimu
Cinta bukan kebutuhanmu

Kau dengan dirimu saja kau dengan duniamu saja
Teruskanlah teruskanlah kau begitu

"Andai kau tahu betapa terlukanya aku...dan andai kau merasa pedih dan sakitnya hati.... aku hanya berharap andai kau tahu...I listen to this song almost every night. Hahaha. It's not that I am emo-ing or being emotional or whatsoever, it's just that I love this song and somehow it makes me wonder, what if I will someday be treated harshly and being ignored almost all the time by someone I really love or someone who has always been the one I relied on to? "

Oct 20, 2009

AKU MERINDUIMU

Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa gembiranya hatiku
Menyambut kedatanganmu

Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih

Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya
Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku

Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di sampingmu

Oct 19, 2009

LUAHAN HATI SEORANG WANITA

1.Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2.Cerewet
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang 2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3.Halus
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4.Ikhlas
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
KorbanWANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
5.Prihatin
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
6.Manja
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.
7.Ego
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
8.Cinta
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
9.Seks
SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.
10.Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Wallahu a’lam

Oct 1, 2009

Genap 3 Tahun Pemergian Abah Tercinta

Tetiba hatiku tersentuh di pagi raya, apabila kami semua menziarahi kubur arwah Abah.. Air mataku mengalir dengan laju bagai tak dapat ditahan lagi, teringat semua kenanganku bersama arwah,perasaan sedih dan sebak tidak dapat dielakkan.

Terjaga aku dari mimpiku
Tersentak aku dari kesibukan duniaku
Terhenti aku dalam lamunanku
Tersedar aku betapa waktu telah berlalu


Kudapati abah tercinta
Kini telah tiada lagi
Telah meninggalkan kami semua
Perginya Abah Tidak akan kembali lagi
Terkenang dalam ingatan
Terbayang dalam kenangan
Kasih sayang tulus tak pernah henti
Bagai mentari menyinari bumi
Abah tercinta
Begitu besar cinta dan kasihmu
Selalu kau panjatkan doa padaNya
Dalam siangmu dan bahkan dalam lelap malamku

Kau bimbing aku
Kau besarkan aku
Tanpa lelah…….
Dan tanpa keluh kesah

Menitis air mata ini
Mengalir perlahan membasahi pipi
Kala mengingat sebuah ketulusan
Saat masa kecil dalam penjagaan
Abah…
Tiada cukup kata untuk diuraikan
Kisah kasih dan sayangmu
Namun terasa begitu sebak
Dalam dada anakmu ini
Abah…
Pemergian mu begitu cepat sekali
Tidak puas ku tatap wajah terakhirmu
Tidak puas ku kucup dahimu
Melihat ketenangan kau bertemu Ilahi

Abah...
Setiap detik ku bagaikan tidak percaya
Engkau telah dijemput Ilahi untuk selamanya
Hanya doa dapat ku panjatkan
Semoga abah berada di taman-taman syurga
Tempat idaman semua mukmin

Abah...
Betapa rapi persediaan telah dilakukan
Menghadapi saat ajal menjelma
Menunggu masa dijemput Allah
Yang pastinya aku juga akan pergi jua ke sana
Abah...
Setiap pagi ku panjatkan doa
Berikanlah kami taufiq dan hidayah
Kuatkanlah iman dan takwa anak-anak mu
Semoga kita berjumpa di syurga nanti..
Amin ya Rabbal Alamin

Abah…aku yakin abah sedang bersemadi dengan aman di alam Barzakh..Abah seorang yang alim, sentiasa membaca Al-Quran, seorang Ustaz yang banyak mencurahkan ilmu agama yang ada di masjid-masjid hampir setiap malam. Aku doakan agar Abah ditempatkan di taman-taman Syurga sekarang ini. Tinggallah kami di dunia ini, yang mana kami juga bila-bila masa akan dijemput oleh Ilahi. Abah…kami juga ingin menjadi seperti mu…membuat persediaan penuh untuk menghadapi kematian…ya Allah..janganlah ambil nyawa kami kecuali kami dalam penuh Keimanan dan Ketakwaaan. Berilah kami kesempatan untuk beramal ibadat sebagai satu persediaan untuk bertemu dengan mu ya Allah.

Sep 30, 2009

Kesedihan Bukan Kepedihan

Bersedih boleh meminimakan nilai hidup.. Kenapa perlu bersedih? Dan apa pula bersedih itu? Sedih itu adalah penyakit hati.. Bersedih ialah emosi normal bagi seorang manusia.. Jika tidak bersedih ini bermakna dia bukan seorang manusia yang normal.. Ya.. Itu aku pasti.. Bila masa pula perlu bersedih? Perasaan itu akan menyerang secara tiba² mengikut situasi dan keadaan..
Setiap manusia diberi personaliti berbeza.. Berbeza juga perasaannya.. Ada yang menganggap sedih itu indah.. Selalunya kesedihan itu akan menjadi kenangan yang sangat mahal tatkala kegembiraan mulai mekar.. Ada yang menganggap sedih itu terlalu pahit.. Memang sukar dipendam ataupun dipadam.. Sampai bila² pun ia tetap menjadi calar dalam larian kehidupan..

Kesedihan adalah antonim bagi kegembiraan.. Sama seperti racun yang berantonimkan penawar.. Jadilah kegembiraan itu sebagai ubat.. Bukannya sukar mencari kegembiraan seperti sukarnya menerima kesedihan.. Nikmati kegembiraan itu sebaiknya supaya ianya bakal menjadi penawar yang baik suatu hari nanti mungkin..

Sedih itu pilihan? Salah! Aku tak setuju.. Memang perlu bersedih tapi bukan menjadikannya pilihan..

Dulu aku memang selalu sedih dengan kehidupan.. Bukan saja kehidupan aku, kehidupan keluarga aku, kehidupan kawan aku, kehidupan kawan kepada kawan aku, kehidupan kawan kepada ketua kampung aku, tapi semualah! Akhirnya aku fikir kehidupan bukannya kekal, kenapa tidak teruskan saja dengan kegembiraan bukan?

Dulu aku selalu hirau dengan sekeliling.. Semua ambil pusing.. Setiap kata aku simpan, setiap cacian aku sematkan.. Tapi semuanya bukan kearah kecermelangan kegemilangan dan keterbilangan.. Semuanya bersifat kebencian kedengkian dan kelakhanatan.. Akhirnya aku biarkan mulut busuk itu terus menyebarkan ketengitannya tanpa aku menhirup baunya..

Macam biasa aku suka beri soalan..
1. Perlukah kesedihan itu dipendam?
2. Apa kesannya? Baik atau buruk?
3. Berikan sebabnya..

Sep 27, 2009

Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Selalu Mengalah

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Pertengkaran Yang Terjadi
Seperti Semua Salahku
Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir Sedikit Tentang Hatiku

Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu
Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

Ku Benar-Benar Keliru

Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit.Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi.Waktu itu bagaikan pedang, jikatidak kau potong maka ia (waktu) akan memotongmu.Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahwa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.Andai hidup puncak perpisahan,biarlah mati menyambungnya semula.Namun seandainya mati puncak perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kemaafan mungkin diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak boleh masuk kedalam sanubari,tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk.Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.Kenali senjata wanita: Airmata,senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian.Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, bertolak, tambah dan pembagian. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai olehAllah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.

Apabila anda mulai menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akanberasa bahagia.Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diingati, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh,tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan menuju kekalahan.

Renung fikir menjadi kata-kata;Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan,Yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali dia membengkok dan sesekali dia melurus. Manusia tidak terhindar dari kesilapan.Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat.Dan duduk berteman adalah lebih baik daripada duduk bersendirian.Dosa yang paling keji terhadap kawan kawan bukanlah karena membenci mereka tetapi karena kita bermuka-muka dengan mereka.Tidak ada orang yang berhasil dalam keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berhasil kalau dia "berhasil" itu bukan keberhasilan tapi kebetulan saja.Memendam rasa, baik yang bagus maupun yang tidak semuanya pasti meletup.Yang dipanggang pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.

Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita.Pujian adalah membuat kita bahagia dan dia merangsang otak.Otak yang terangsang hasil dari pujian yang tulus menjadikannya lebih kreatif.Memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yang diletakkan sendiri didalam rumah.Orang yang ingin hidup bahagia perlu menjaga empat perkara.Pertama : teguh menjaga kehormatan. Kedua : rela menerima apa yang sedikit.Ketiga : berbuat kebaikan setiap hari. Keempat : memelihara lidah dari perkataan yang kotor.Kita akan meras bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.Keikhlasan sesaat adakalanya menimbulkan sesal bertahun-tahun.

Sep 16, 2009

Sep 3, 2009

Sep 2, 2009

*~~Katadua-Mengenai-Kesedihan~~*

Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.

Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.

Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.

Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.

Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.

Hati Yang Terluka…

Tiba-tiba air mataku mengalir dengan sendirinya. Aku seperti orang kebingungan. Adakah betul apa yang aku lakukan pada pagi yang hening ini? Aku sendiri tidak pasti sama ada betul atau tidak dengan keputusan yang telah aku buat ini. Yang pasti hati aku amat terluka dan kecewa. Bagi aku biarlah aku yang terluka daripada membiarkan orang yang aku sayang terseksa.

Biarlah…aku sendiri pun tidak pasti kenapa perkara ini semua boleh terjadi. Mungkin aku yang bersalah. Jika aku yang bersalah, aku mintak maaf banyak-banyak. Jika dengan kehadiran aku telah membuatkan diri mu berubah dan terseksa, aku juga minta maaf banyak-banyak. Langsung tidak terniat dan terlintas walau sikit pun dalam hati aku untuk mempermainkan mu.

Sesungguhnya aku memang jujur dengan mu sejak dulu lagi. Tapi aku tahu yang diri mu tidak pernah anggap aku jujur kan? Tapi xper, aku terima hakikat itu. Aku ingin kau tau yang sejak dulu lagi aku tau yang kau memang jujur dengan ku. Selama ini kau anggap yang aku tidak pernah mempercayai mu. Memang betul, memang susah untuk aku mempercayai seorang yang bernama lelaki. Tapi dengan kehadiran dirimu dalam hidup ku telah merubah segala-galanya. Dirimu yang telah banyak mengubah diriku.

Aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup aku dan sudi membahagiakan hidup aku walaupun hanya untuk seketika. Ampun dan maaf dipinta kalau ada salah dan tersilap. Halalkanlah makan minum sepanjang perhubungan kita. Andai masih ada lagi perasaan sayang dalam diri mu…hubungilah aku. Andai sudah hilang sayang mu padaku, jauhilah aku. Aku doakan hidupmu bahagia disamping orang yang lebih baik dan lebih sempurna dari diri ku…

Jun 5, 2009

Jun 4, 2009

VESPA HISTORY

The Beginning
Vespa’s timeless design comes from an equally timeless company — Piaggio has been a distinguished innovator in the field of transportation for nearly 120 years.Piaggio was founded in Genoa, Italy in 1884 by twenty-year-old Rinaldo Piaggio. Rinaldo’s business began with luxury ship fitting. But by the end of the century, Piaggio was also producing rail carriages, luxury coaches, truck bodies, engines, and trains.
Early image of the Piaggio & C. factory
With the onset of World War I, the company forged new ground with the production of airplanes and seaplanes. In 1917 Piaggio bought a new plant in Pisa, and four years later it took over a small plant in Pontedera in the Tuscany region of Italy. It was this plant in Pontedera which became its new center for aeronautical production (propellers, engines and complete aircraft).During World War II, the Pontedera plant built the state-of-the-art P 108 four-engine aircraft, in both passenger and bomber versions. However, the plant was completely destroyed by Allied bombers due to its military importance.
Roberth

Enrico Piaggio, son of founder Rinaldo Piaggio, surrounded by VespasPiaggio came out of the conflict with its Pontedera plant in complete ruin. Enrico Piaggio was at the helm, having taken over from his father Rinaldo. Concerned about the disastrous state of the roads and the Italian economy, Enrico decided to focus the Company’s attention on the personal mobility needs of the Italian people.Enter Corradino D’Ascanio, Piaggio’s ingenious aeronautical engineer who designed, constructed and flew the first modern helicopter. D’Ascanio set out to design a simple, sturdy, and economical vehicle that was also comfortable and elegant.
Vespa logotype
D’Ascanio, who could not stand motorcycles, dreamed up a revolutionary new vehicle. Drawing from the latest aeronautical technology, he imagined a vehicle built on a “monocoque” (French for “single shell”) or unibody steel chassis. Furthermore, the front fork, like a plane’s landing gear, allowed for easy wheel changing. The result was an aircraft-inspired design that to this day remains forward-thinking and unique among all other two-wheeled vehicles.Upon seeing the vehicle, Enrico Piaggio remarked “Sembra una Vespa!” (“It looks like a wasp!”) This was a real two-wheeled utility vehicle. But it did not resemble an uncomfortable and noisy motorcycle. The steel frame’s shape protected the rider from road dirt and debris. It emanated class and elegance at first glance.By the end of 1949, 35,000 units had been produced. Italy was getting over its war wounds and getting about on Vespas. In ten years, one million were produced. By the mid-fifties, Vespa was being produced in Germany, Great Britain, France, Belgium, Spain and, of course, Italy.

Vespa has lived on from one generation to the next, subtly modifying its image each time.
The first Vespa offered mobility to everyone. Then, it became the two-wheeler of the post war economic boom. During the sixties and seventies, the vehicle became a symbol for the revolutionary ideas of the time. Advertising campaigns like “He Who Vespas, eats the apple”, and films such as Quadrophenia have symbolized eras in our history.

And the story continues today with the new generation of Vespa models, represented by the Vespa ET2 and Vespa ET4. Vespa is not just a scooter. It is one of the great icons of Italian style and elegance, and with more than 16 million units produced, is well known throughout the world. For more than 50 years, Vespa has fascinated millions of people and given the world an irreplaceable icon of Italian style and a means of personal transport that has become synonymous with freedom.

♥Google+ Followers ♥

✿YANG RAJIN KOMEN✿

Popular Posts